Untuk perkongsian bersama-sama mengenai siapa dajjal, mari kita mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhhamad Fawwaz. Credit: YouTube: Abu Khadijah
Laman blog MaduDanKurma http://madudankurma.blogspot.com/ ini adalah merupakan satu blog yang diciptakan untuk berkongsi segala maklumat, ilmu dan pandangan. Segala maklumat yang didapati didalam laman blog ini adalah diperolehi menerusi pembacaan buku ilmiah, artikel dan pandangan penulis secara peribadi. Oleh itu, sebarang teguran daripada yang arif dan bijaksana amatlah dialu-alukan.
Monday, June 16, 2014
Ayat Al-Quran Penyembuh Mata Dan Penguat Pandangan
Mata adalah merupakan organ yang terpenting yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh yang Maha Berkuasa kepada kita. Adakah anda sanggup menukarkan kedua-dua mata anda dengan segunung emas? Sudah tentu anda tidak sanggup menukarkan kerana ia merupakan nikmat yang tidak terhingga yang kita ada.
Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita semakin lama semakin lemah. Disini disertakan ayat Al-Quran daripada Surah Qaf ayat 22 yang boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat untuk menyembuhkan mata serta memperkuatkan penglihatan kita. Anda hendaklah membaca ayat berikut ke atas belakang ibu jari kedua-dua tangan, sebanyak 7 kali:
Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita semakin lama semakin lemah. Disini disertakan ayat Al-Quran daripada Surah Qaf ayat 22 yang boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat untuk menyembuhkan mata serta memperkuatkan penglihatan kita. Anda hendaklah membaca ayat berikut ke atas belakang ibu jari kedua-dua tangan, sebanyak 7 kali:
Pada setiap kali membaca ayat diatas, hendaklah disusuli dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. kemudian hendaklah berludah ke atas ibu jari (bahagian hadapan) dan disapu ke atas dua mata. Semoga Allah menyembuhkan sakit mata dan penyakit-penyakit mata yang lain dan menguatkan pandangan dengan izin Allah dan keberkatan Kitab-Nya.
Saturday, January 12, 2013
Ayat Pelindung Didalam Kubur (Surah Al-Mulk)
Setiap manusia yang hidup pasti akan mati, cuma masa dan tempat tidak diketahui. Tetapi percayalah detik itu setiap manusia akan merasainya dan manusia sama sekali tidak akan dapat lari daripada kematian. Setiap detik dan masa yang berlalu pergi, maka semakin dekat lah kematian akan menghampiri diri kita. Adakah kita sudah bersedia dengan segala serta semua bekalan kita di sana nanti? Adakah kita telah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah - Yang Maha Berkuasa di dunia dan akhirat?
Kita didunia ditemani dengan rakan-rakan, sahabat-sahabat dan ahli keluarga adik, abang, ibu dan bapa, tetapi didalam kubur kita akan kesorangan. Jadi siapa peneman dan pelindung kita didalam kubur? Jawapannya adalah: Surah Al-Mulk yakni pelindung kita didalam kubur. Marilah kita bersama-sama mengamalkan Surah Al-Mulk dimana Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur bagi sesiapa yang mengamalkannya semasa hidup.
Thursday, December 27, 2012
Ubat Hilangkan Tekanan Dengan - Zikir Terapi Diri Oleh Hafiz Hamidun
Pada sesiapa yang menghadapi stress atau tekanan luaran serta dalaman apabila balik daripada kerja, marilah ubati diri anda dengan Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun. Percayalah dan yakinlah ayat-ayat Allah yang merupakan ubat sebenarnya untuk manusia.
Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah)
THANK YOU ALLAH
Apabila kita terjaga dan bangun daripada tidur yang nyenyak pada waktu pagi/subuh, berapa banyak dikalangan kita yang mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) ataupun kita lupa atau tidak pernah mengucapkan syukur? Kita sebagai hamba kepada Allah sepatutnya menunjukkan tanda bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) disebabkan Allah masih memberi nikmat atau peluang yakni nyawa kepada kita untuk beriman/beribadat kepadaNya serta menjalani kehidupan diatas muka bumi ini untuk kita bertemu dengan orang yang tersayang, ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan.Manusia sememangnya dengan sifatnya akan menghargai/menyesal apabila sesuatu benda/perkara yang diberikan telah hilang/musnah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati/saling menasihati bahawa kehidupan didunia hanya sementara tapi diakhirat jua kita akan kekal buat selama-lamanya. Selagi kita diberi masa walaupun selama 1 minit untuk beribadat kepada Nya, maka gunakan sebaik-baiknya kerana nyawa hanya pinjaman daripada Allah. Terima kasih Allah diatas nyawa yang Engkau berikan. Alhamdullillah.
Sunday, October 21, 2012
Rahsia pemakanan genius-genius Islam ..
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhirakhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara Makan :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu Segar
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
Cara Minum :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupayamengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) Limau
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) Buah Delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) Otak Ayam
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) Daging Ayam
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) Daging Biri-Biri
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) Hati
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) Kekacang
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) Buah Badam
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) Za'faran
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) Kemenyan Putih (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) Bunga Kobis
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) Bunga Cengkih
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
19) Labu
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) Buah Kedekai
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) Minyak Sapi
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
Saturday, October 20, 2012
Kenapa Perlu Mandi
Kajian terbaru mendapati mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting bagi meningkatkan kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Jurnal of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menhabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:-
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Jurnal of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menhabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:-
- Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula dalam darah, suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celcius.
- Selsema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air suam dapat membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lelah. Caranya masukkan air suam secukupnya ke dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian titiskan minyak seperti lavender, papermint atau lemon. Rendamkan selama 10 hingga 20 minit dan selepas itu basuh dengan air sejuk.
- Masalah insomnia. Rendamkan kaki ke dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah insomnia atau memiliki masalah susah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki yang lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Air Penting Untuk Kesihatan
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Kepentingan air sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting dalam kehidupan sesorang manusia. Ramai dikalangan kita hanya minum air setelah merasa dahaga. Kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter.
Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.
Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis.
Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.
Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis.
Tip Kesihatan
Setiap manusia mahukan kesihatan yang baik. Bukan sekadar kesihatan fizikal , bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang serta hubungan sosial yang harmoni dapat memberi kebahagian dan kesejahteraan hidup.
Nabi sering mengingatkan kita supaya mengawal nafsu makan dan minum. Dalam sebuah hadis, nabi berkata " tidaklah baik apabila engkau makan semua yang engkau mahu". Nabi mengawal pemakanannya dengan sempurna hingga ke akhir hayatnya. Kajian menunjukan risiko kematian meningkat sebanyak 18 peratus bagi berat badan berlebihan sebanyak 20 peratus. Jadi, semakin besar perbezaan antara berat badan dan berat badan ideal, semakin tinggilah risiko terjadinya kematian mendadak.
Nabi menyarankan kita supaya mengambil bijian seperti kacang dan kacang walnut. Kacang walnut adalah bijian yang baik demi demi kesihatan. Melalui pengamalannya secara rutin, risiko serangan jantung dapat diturunkan. Pengambilannya menambah pengambilan kalsium yang membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi.
Dalam bukunya Ath‐thiib an‐Nabawi, As‐Suyuthi berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elak minum air sejuk, kerana air sejuk mengganggu fungsi‐fungsi enzim pencernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutama sesudah makan makanan bersifat panas, makanan yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.
Salah satu anjuran nabi ialah minum seteguk demi seteguk supaya air masuk ke dalam perut secara bertahap. Melalui amalan ini , penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat ini juga lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.
Cara minum yang dianjurkan nabi adalah dengan cara ambil nafas sebanyak 3 kali bagi setiap teguk. Baca basmalah atau Bismillahirrahmaanirrahim sebagai pembukanya dan hamdalah atau Alhamdulillahirabbil alamin sebagai penutupnya. Menurut nabi, cara minum minum seperti seperti ini dapat menyihatkan badan. Terdapat Terdapat hikmah di sebalik setiap teladan yang ditunjukkan nabi.
Dalam rekod, nabi melarang minum secara terus daripada daripada kantung air. Hikmahnya adalah kita mungkin tidak tahu ada bendasing di dalam air itu. Jadi, para pengamal perubatan islami menggalakkan kita minum daripada gelas ataupun cawan. Nabi berkata, " perut adalah tempat letaknya penyakit dan menahan nafsu daripada makan berlebihan adalah asas perubatan. Maka jadikanlah ini kebiasaan mu". Hadis ini mengisyaratkan antara cara menjaga kesihatan perut adalah dengan tidak memenuhkannya. Jadi makanlah secara sederhana berdasarkan keperluan kita.
Khasiat Buah Delima
Buah Delima - Anugerah Ilahi Daripada Syurga
Di dalam surah Al-Rahman Ayat-68. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-
" Di dalam kedua-duanya (Syurga) terdapat buah-buahan serta pohon Kurma dan Delima"
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:-
"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"
Delima digelar "super fruit" kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati serta melindungi sesorang daripada 200 penyakit kronik.
Kenapa Delima?
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman ayat-68 yang bermaksud:
" Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima"
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut" (Diriwatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni).
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"
Atsar yang dinisbahkan kepada Rasullullah S.A.W atau kepada keluarga Baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
" Buah delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang."
Atsar yang dinisbahkan kepada Ali Bin Abi Talib Radiyallahu Anhu:
"Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya membersihkan perut besar. Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari."
Ali Radiyallahu Anhu berkata:
"Makan buah delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dilahirkan."
Bukti-Bukti Kehebatan Buah Delima...
Melalui kajian di University of California, Los Angeles
- Kajian menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi wain merah, jus anggur, jus blueberry, jus blackberry, jus acai, jus kranberi, jus oren, teh dan jus epal
Claudia Napoli, Professor Perubatan dan Patologi Klinikal di University Naples, Italy
- Dalam kajianya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung).
- Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan jus buah delima adalah tinggi daripada sebelumnya.
Dr. Emad Al-Dujaili, Pensyarah Kanan Biokimia Universiti Queen Margaret, Edinburgh
- Penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70% mereka yang mengunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.
Pat Hagon, UK & World News
- Kajian menunjukan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.
Melalui kajian di Universiti Wisconsin, AS
- Pakar-pakar sangat percaya yang jus delima boleh memanjangkan jangka hayat lelaki dan wanita berusia 60 - 70 tahun yang menghidap kanser tanpa memerlukan rawatan perubatan.
Hospital Sultan Abdul Halim
- Menyatakan bahawa buah delima boleh menghalang pembentukan sel kanser, mencantikan kulit, mencegah nyanyuk, memberi tenaga, elok untuk pesakit darah tinggi dan rendah, elok untuk sistem penghadaman, mengurangkan berat badan, mencengah alahan bagi ibu mengandung, memperelokkan rahim dan lain-lain.
Habbatus Sauda'
Maksud Hadith:
"tetaplah kamu dengan Habbatus sauda ini, (Ibn 'Atiq) kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)"
Kegunaan Tradisi Habbatus Sauda"
Sebagai herba tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda" digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah , keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem penafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem peredaran darah, sistem pertahanan badan dan memulihkan kesihatan am.
Berikut adalah diantara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda":
1) Batuk yang kronik, batuk kokol, selsema yang sudah lama.
2) Resdung (sinusitis).
3) Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
4) Sakit jantung dan darah gemuruh.
5) Darah tinggi (hypertension).
6) Luka-luka dihati (cirrhosis of liver).
7) Batu hempedu, batu karang.
8) Sakit buah pinggang.
9) Gout
10) Kencing manis.
11) Luka-luka dalam mulut.
12) Sakit tengkuk
13) Tonlilitis, gusi berdarah, mulut berbau.
14) Gastrik, luka-luka dalam perut (ulcer)
15) Sakit gigi.
16) Buasir, masalah penghadaman.
17) Alahan gatal-gatal.
18) Cacing, parasit.
19) Migraine, masalah insomnia.
20) Selepas bersalin (menambah susu ibu).
21) Awet muda dan menegangkan kulit.
22) Mencantikkan kulit dan kuku.
23) Masalah kesuburan perempuan.
24) Senggugut.
25) Masalah tenaga batin lelaki dan perempuan.
26) Masalah kemandulan.
Friday, September 28, 2012
Kebaikan Senyum Pada Kesihatan
- Senyum meningkatkan sistem imun - Apabila kita senyum, fungsi imun bertambah baik, kemungkinan kerana pada ketika kita senyum, kita lebih tenang dan relaks.
- Senyum mengurankan sakit - Kajian mendapati, senyum membebaskan endorfin, penahan sakit semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini, menjadikan kita berasa sihat. Jesteru, senyum merupakan ubat semula jadi untuk mengubati sakit.
- Senyum melegakan stress - Kita sering menjadi stress dengan kehidupan hari ini yang serba serbi sibuk. Senyum menbantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stress menerpa, ambil sedikit masa dan cubalah mengukir senyuman.Stress akan berkurangan dan anda menjadi lebih bersemangat.
- Senyum menurunkan tekanan darah - Tahukah anda apabila kita senyum, tekanan darah kita akan menurun? Jika ada alat mengukur tekanan darah dirumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda, kemudian cuba senyum dalam tempoh 1 minit. Ambil bacaan sekali lagi, Anda nampak perbezaannya?
- Senyum menjadikan wajah awet muda - Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tidak perlulah kita bersusah-payah pergi mendapatkan rawatan dipusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyuman sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.
- Senyum menjadikan kita nampak anggun -kita lebih tertarik kepada orang yang wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun tanda mesra.
- Senyum menukar mood kita - Dikala kita sedang berdukacita, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh 'menipu' tubuh kita untuk membantu kita menukar mood yang lebih ceria
Thursday, September 27, 2012
7 Khasiat Gajus
1. Sumber Antioksidan
Gajus kaya dengan antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser. Antioksidan gajus juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kencing manis dan batu karang.
2. Kandungan tembaga gajus amat tinggi
3. Kandungan zink gajus amat tinggi
Zink bermanfaat untuk menentang penyakit. Kandungan zink ini menjadikan gajus sebagai antibakteria antifungal yang berkuasa. Pengambilan gajus sebagai diet harian dapat memperbaiki kekebalan diri seseorang terhadap jangkitan mikrobial.
4. Gajus juga baik untuk kesihatan mulut
Kandungan kimianya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
5. Gajus adalah "Mesra Jantung"
Ini kerana gajus mempunyai lemak sihat 'monounsaturated' yang mengalakkan kesihatan kardiovaskular. Lemak ini dapat mengurangkan paras triglyceride yang tinggi yang sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
6. Gajus amat kaya dengan vitamin'
Vitamin penting seperti vitamin B5, B6 dan B1.
7. Gajus mengandungi sejumlah kecil zeaxanthin
Ia merupakan antioksidan flavonoid yang baik untuk kesihatan mata
Sumber: Majalah Anis
7 Khasiat Madu Yang Perlu Anda Tahu
Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.
1. Khasiat Madu Sebagai Pemberi Tenaga
Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.
2. Khasiat Madu Membantu Proses Pencernaan
Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.
3. Khasiat Madu Sebagai Bahan Antioksida
Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.
4. Khasiat Madu Sebagai Penggalak Bakteria Baik
Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!
5. Khasiat Madu Sebagai Ubat Sakit Tekak
Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.
6. Khasiat Madu Sebagai Perawat Kulit
Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.
7. Khasiat Madu Bagi Membantu Anda Tidur
Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
BONUS: Khasiat Madu Bagi Pasangan Berkahwin
Madu juga boleh menjadi bahan afrodisiak yang boleh membangkitkan keinginan diantara pasangan suami isteri. Jadikan amalan meminum madu untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri anda!
Tuesday, January 10, 2012
Demam
Apabila seseorang diserang demam, maka beliau akan kerap mengalami tanda-tanda seperti berikut: kerap pening atau sakit kepala, tidak lalu makan, letih, panas, terketar-ketar, tidak dapat bangun, muntah dan sebagainya. Keseluruhan demam adalah disebabkan bahang atau wap (kepanasan) api neraka yang menyelar sampai ke dunia ini dan terkena kepada penghuninya dan ia merupakan satu ujian.
" Demam itu berpunca daripada bahang wap neraka Jahannam, maka padamkanlah dia dengan air."
[Hadis Al-Bukhaari]
Antara jampi demam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah:
Dengan menyembut (mengambil keberkatan) nama Allah Yang Maha Besar, kami memohon perlindungan Allah Yang Maha Besar daripada keburukan setiap saluran darah yang berlari dan daripada kejahatan panas api neraka.'
Rasullullah S.A.W juga pernah masuk menjampi seorang anak 'Ammaar r.'a. yang sedang demam, maka baginda mengucapkan: " Hilangkan kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, penguasa manusia."
Berdasarkan hadis diatas, salah satu pemulihan demam ialah dengan cara mengunakan air:
- Banyak minum air bagi membantu organ tubuh, terutama buah pinggang melaksanakan tugasnya.
- Air juga digunakan untuk menyejukkan kepala dimana biasanya orang yang demam akan pening atau sakit kepala.
- Air juga digunakan untuk mengelapkan tubuh badan sama ada dengan air suam atau air biasa.
- Disamping itu pesakit digalakkan memperbanyakkan memakan buah-buahan yang biasanya kaya dengan vitamin C agar segera pulih dan segar seperti limau, epal, pisang, anggur dan sebagainya kerana didalam buah-buahan ini terdapat banyak air.
Degil
Maksud Degil: keras hati dan sukar mengikut nasihat serta masih melakukan perkara yang dilarang walaupun telah dilarang dan dinasihati beberapa kali daripada melakukannya. Disini disertakan beberapa cara yang boleh digunakan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak yang degil. Insyallah dengan izin Allah S.W.T anak-anak yang degil akan menjadi lembut hati dan mudah menerima nasihat daripada ibubapa.
- Dibacakan Surah Yassin dan ditiupkan ke dalam suatu bekas air dan diberikan minum dalam 3 hari
- Dibacakan "Bismillah" sambil meniup ke arah orang yang degil dalam keadaan rahsia (dengan meminta Allah S.W.T melembutkan hatinya).
- Bacakan doa' ini sambil meminta orang yang degil mengikut nasihat.... " Ya Mulinal Ma a' A'lin Li Qal Ba Haza " (Maksudnya: Wahai tuhan yang melembutkan air, lembutkan hati orang ini kepada saya)
- Otak kambing: dimasak secara kerutub atau lain-lain serta dimakan beberapa kali.
Saturday, January 7, 2012
Pentingnya Bersenam Dan Bergerak
Kita sebagai manusia diciptakan yntuk aktif: hidup dan bergerak. Ibarat air: jika lama bertakung, maka ia boleh menyebabkan kuman dan menyebabkan penyakit. Hakikat hidup ini sebenarnya ialah merupakan suatu proses kegiatan. Apabila manusia makan, maka makanan yang dimakan akan diproses, dialmbil patinya dan hampasnya dibuang, sedang pembuangan hampas (najis) itu bukanlah merupakan suatu yang mudah. Bukankah ramai orang yang sembelit?Jadi setiap kali kita makan, kita perlu bergerak, paling kurang berjalan kaki disekeliling rumah, dimana kita akan merasa lega dan selesa bernafas dan dikala itu mungkin kita akan terkentut dan terkeluar peluh. Sebaik-baik pergerakan yang harus dilakukan ialah pergerakan yang melibatkan semua anggota, sedangkan jika diperhati, tentulah perlakuan sembahyang yang paling tepat mengambil tempat ini.
Jika kita merasa lebih bertenaga, maka baik pula kita pada setiap pagi keluar ke pekarangan rumah atau kebun dengan melakukan kerja-kerja yang dapat mengeluarkan peluh secara banyak. Sebaik-baik tempoh berkebun atau membersihkan kawasan sekitar halaman rumah ialah 1jam 30 minit dan dikala seseorang yang telah dapat mempergunakan kalori yang banyak.
Adapun penyakit-penyakit yang biasa terjadi sebab kurang pergerakan atau kurang bersenam ialah:
- Sembelit
- Mati Pucuk (Lemah Tenaga Batin)
- Kencing Manis
- Darah Tinggi
- Kegemukan
- Sembab
- Asma (Lelah)
- Lemah Jantung
Thursday, January 5, 2012
Apakah Keistimewaan Palestin Kepada Umat Islam
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang teristimewa didalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah:
- Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid Al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam dan merupakan masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam. Barangsiapa yang bersolat dimasjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
- Dibumi ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, dimana Nabi Muhammad S.A.W melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
- Bahkan ramai para anbiya' yang disebut di dalam A-Quran yang telah dilahirkan dan disemadikan dibumi ini. Semoga Allah memberkati mereka semua.
- Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Hari Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
- Orang yang tinggal disana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihat ke jalan Allah.
- Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke Hari Kiamat.
- Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan: "Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram. Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari
- Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.
Penyembuh Sakit Jiwa (Hati Dan Jantung)
Abu Ja'far Muhammad Bin Ali pernah berkata: "Sesiapa berasa dalam hatinya rasa kasar (kekerasan), maka hendaklah dia menuliskan surah Yassin pada sebuah pinggan dengan air dan Za'faraan. Kemudian dia hendaklah meminumnya."
Antara yang teruji mujarab untuk menguatkan hati (al-qalb jantung) dan mengembirakannya, hendaklah anda membacakan Surah Ghaafir (Al-Mukmin surah ke-40) dalam keadaan anda meletakkan tangan kanan anda ke atas hati anda ( dada sebelah kanan, arah ke tengah), dilakukan sebelum tidur.
Pada waktu pagi, hendaklah anda mengambil 7 biji tamar (terutama tamar Madinah) dan anda bacakan ke atasnya Surah al-Fatihah, 7 kali dan anda memakannya dengan menyebut nama Allah. Akan tetapi hendaklah anda berpantang daripada 3 perkara iaitu melampaui (dalam semua perkara), berjaga malam (kurang tidur) dan lupa daripada mengingati Allah. Sesungguhnya membanyakkan zikrullah adalah dapat menenangkan hati (al-qalb) berdasarkan firman Allah S.W.T:
Oleh kerana itu, wahai para hamba Allah, hendaklah anda menjadikan lidah anda sentiasa basah dengan zikrullah (secara tidak henti-hentinya)
Subscribe to:
Posts (Atom)



