Saturday, January 12, 2013

Ayat Pelindung Didalam Kubur (Surah Al-Mulk)

Setiap manusia yang hidup pasti akan mati, cuma masa dan tempat tidak diketahui. Tetapi percayalah detik itu setiap manusia akan merasainya dan manusia sama sekali tidak akan dapat lari daripada kematian. Setiap detik dan masa yang berlalu pergi, maka semakin dekat lah kematian akan menghampiri diri kita. Adakah kita sudah bersedia dengan segala serta semua bekalan kita di sana nanti? Adakah kita telah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah - Yang Maha Berkuasa di dunia dan akhirat? 

Kita didunia ditemani dengan rakan-rakan, sahabat-sahabat dan ahli keluarga adik, abang, ibu dan bapa, tetapi didalam kubur kita akan kesorangan. Jadi siapa peneman dan pelindung kita didalam kubur? Jawapannya adalah: Surah Al-Mulk yakni pelindung kita didalam kubur. Marilah kita bersama-sama mengamalkan Surah Al-Mulk dimana Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur bagi sesiapa yang mengamalkannya semasa hidup.