Saturday, October 20, 2012

Khasiat Buah Delima

Buah Delima - Anugerah Ilahi Daripada Syurga

Di dalam surah Al-Rahman Ayat-68. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-

" Di dalam kedua-duanya (Syurga) terdapat buah-buahan serta pohon Kurma dan Delima"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:-

"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"

Delima digelar "super fruit" kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati serta melindungi sesorang daripada 200 penyakit kronik.

Kenapa Delima? 

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman ayat-68 yang bermaksud:

" Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut" (Diriwatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni).

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"

Atsar yang dinisbahkan kepada Rasullullah S.A.W atau kepada keluarga Baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

" Buah delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang."

Atsar yang dinisbahkan kepada Ali Bin Abi Talib Radiyallahu Anhu:

"Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya membersihkan perut besar. Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari."

Ali Radiyallahu Anhu berkata:

"Makan buah delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dilahirkan."


Bukti-Bukti Kehebatan Buah Delima...

Melalui kajian di University of California, Los Angeles

- Kajian menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi wain merah, jus anggur, jus blueberry, jus blackberry, jus acai, jus kranberi, jus oren, teh dan jus epal

Claudia Napoli, Professor Perubatan dan Patologi Klinikal di University Naples, Italy

- Dalam kajianya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung). 
- Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan jus buah delima adalah tinggi daripada sebelumnya.

Dr. Emad Al-Dujaili, Pensyarah Kanan Biokimia Universiti Queen Margaret, Edinburgh

- Penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70% mereka yang mengunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.

Pat Hagon, UK & World News

- Kajian menunjukan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.

Melalui kajian di Universiti Wisconsin, AS

- Pakar-pakar sangat percaya yang jus delima boleh memanjangkan jangka hayat lelaki dan wanita berusia 60 - 70 tahun yang menghidap kanser tanpa memerlukan rawatan perubatan.

Hospital Sultan Abdul Halim

- Menyatakan bahawa buah delima boleh menghalang pembentukan sel kanser, mencantikan kulit, mencegah nyanyuk, memberi tenaga, elok untuk pesakit darah tinggi dan rendah, elok untuk sistem penghadaman, mengurangkan berat badan, mencengah alahan bagi ibu mengandung, memperelokkan rahim dan lain-lain.




No comments:

Post a Comment