Thursday, January 5, 2012

Apakah Keistimewaan Palestin Kepada Umat Islam

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang teristimewa didalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah:
  1. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid Al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam dan merupakan masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam. Barangsiapa yang bersolat dimasjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
  2. Dibumi ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, dimana Nabi Muhammad S.A.W melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
  3. Bahkan ramai para anbiya' yang disebut di dalam A-Quran yang telah dilahirkan dan disemadikan dibumi ini. Semoga Allah memberkati mereka semua.
  4. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Hari Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
  5. Orang yang tinggal disana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihat ke jalan Allah.
  6. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke Hari Kiamat.
  7. Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan: "Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram.  Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari  
  8. Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

No comments:

Post a Comment