Saturday, January 8, 2011

Pertemuan Dua Sungai


Fenomena pertemuan sungai dan laut adalah sangat umum, dan di sini kita melihat sebuah pertemuan dua sungai yang berbeza kepekatan, kemasinan dan suhu, dan kedua-dua sungai tersebut tetap tidak bercampur.
Gambar di bawah merupakan gambar sebenar dari  pertemuan Sungai Rio Negro dan Sungai Solimões di Brazil. Kedua-dua sungai tersebut bertemu dalam jarak lebih dari lima kilometer dalam keadaan kedua-duanya tidak bercampur dengan kepekatan dan suhu yang tetap berbeza. Sungai pertama di sebelah kanan mengandungi endapan tanah pegunungan yang menyebabkan airnya berwarna coklat, sedangkan sungai yang kedua di sebelah kiri berwarna hitam pekat kerana merupakan lepasan tanaman-tanaman yang yang datang dari hutan.


Fenomena ini sekarang dapat dijelaskan secara ilmiah, iaitu melalui sejumlah hukum fizikal tentang pergerakan cairan. Hukum fizika ini memastikan bahawa kedua-dua sungai tersebut tidak dapat saling mengalahkan, walaupun mereka bertemu secara langsung. Mahasuci Allah yang telah menjelaskan kepada kita di dalam Al-Quran Surah Al-Furqan Ayat - 53 tentang pertemuan sungai-sungai dan lautan.


No comments:

Post a Comment