Saturday, January 8, 2011

Kajian Mengenai Madu Sebagai Antioksida - Manfaat Kesihatan Vs Peningkatan Berat Badan

Dua kajian mengenai madu mendedahkan manfaat kesihatan yang luar biasa daripada madu mentah sebagai antioksida.

Radikal bebas ada dimana-mana sahaja - di udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, dan bahkan sinar matahari yang kita cintai begitu banyak. Setiap saat, tubuh menyerap oksigen dan mengubahnya menjadi tenaga dalam proses yang disebut pengoksidaan. Proses ini juga melepaskan radikal bebas dan ia biasanya akan dibersihkan oleh antioksida sebelum  ia mencederakan kita. Pada peringkat usia kita, walau bagaimana pun, proses ini akan menyebabkan lebih tidak efisen. Tingginya re-aktif, ini akan menyebabkan molekul-molekul yang berbahaya akan melalui selruh anggota badan kita. Mereka akan merosakkan sel dan DNA, menyebabkan penuaan, penyakit jantung, strok dan kanser.

Antioksida melambatkan penuaan dengan meneutralkan radikal bebas. Ianya melakukan penyembuhan pada tahap sel terdalam, sehingga manfaat untuk mewujudkan dalam pelbagai cara yang berbeza.

Satu kajian pada tahun 2003 yang dilakukan oleh University of Illinois di Urbana-Champaign membuat kesimpulan bahawa madu mengandungi "kesan perlindungan ringan". Ini adalah kajian pertama yang meneliti kesan pada lelaki berumur dari 18-68 tahun selama lima minggu. Mereka menemukan bahawa dengan minum 4 sudu makan madu  dicampur ke dalam 1 cawan air akan  meningkatkan kadar antioksida dalam darah mereka.

Manakala satu kajian pada tahun 2004 yang dilakukan oleh University of California membuat kesimpulan bahawa madu sebagai kandungan agen antioksida lebih  banyak daripada bayam, epal, limau atau strawberi.

Seorang penyelidik iaitu Heidrun Gross dan pasukannya meminta 25 peserta untuk makan diantara 4 dan 10 sudu makan madu setiap hari selama sebulan dan peserta tersebut dibenarkan makan madu didalam sebarang cara tetapi tidak dibenarkan untuk digunakan panggang atau dilarutkan di dalam teh. Kebanyakkan daripada peserta tersebut lebih mengemari makan madu terus daripada sudu.  Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak madu diambil, ia akan meningkatkan tahap antioksidan polifenol didalam darah. Menariknya, kajian menunjukkan tidak ada kenaikan berat badan pada peserta untuk bulan mereka mengambil madu. Dan beberapa menyatakan bahawa madu makan untuk sarapan benar-benar membuat mereka merasa kenyang dan puas.

Sumber Rujukan:

Gheldof N, Wang XH, Engeseth NJ (2003). Buckwheat honey increases serum antioxidant capacity in humans. J Agric Food Chem. 2003 Feb 26;51(5):1500-5.
Gross H, Polagruto J, Zhu Q, Kim S, Schramm D, Keen C (2004). Effect of honey consumption on plasma antioxidant status in human subjects. Paper presented at the 227th American Chemical Society Meeting, Anahein CA, March 28, 2004
 



No comments:

Post a Comment