Saturday, January 8, 2011

Fadhilat Surah An-Nasr

Sejarah Surah An-Nasr

Surah An-Nasr bererti kemenangan dan diturunkan di Mekah. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW apabila mencapai kemenangan menguasai tanah suci Makkah, hendaklah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah SWT serta memohon ampun kepadaNYA. Ringkasnya, apabila kita mendapat apa yang kita usahakan, maka janganlah lalai bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan serta memohon ampun segala kesalahan atau kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam usaha tersebut.







Fadhilatnya:-

1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat dari Al Quran.

2. Bacalah surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar dari rumah, insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment