Sunday, December 18, 2011

Keajaiban Sujud Dalam Solat

Allah S.W.T telah mewajibkan hamba-Nya untuk mengerjakan solat 5 kali sehari semalam. Kisah penyerahan 'watikah' oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T dimalam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan. Firman Allah yang bermaksud:

" Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka, daripada sebab bekas sujud." (Surah Al-Fath Ayat Ke-29)


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah dengan melakukan sujud ditempat sunyi." (HR: Ibnu Mubarak).

       Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam dari segi sains mahupun kesihat tubuh badan. Pelbagai penemuan yang telah didapati, pelbagai perkara telah dihujahkan. Salah satu penemuan yang menakjubkan berkaitan dengan solat adalah pada ketika melakukan sujud. Seorang doktor neurologi daripada Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya mengenai urat saraf (neurologi) dan menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.
       Dalam kajian tersebut beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf didalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikuti kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah S.W.T.
       Jadi, barang siapa yang tidak menunaikan solat, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Walaupun, akal mereka dapat berfungsi dengan secara normal, tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Doktor neurologi daripada Amerika Syarikat tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut lantaran beliau telah memeluk agama Islam. Setelah beliau memeluk Islam, beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatan berteraskan apa yang terdapat didalam Al-Quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, mengunakan madu lebah, mengunakan bijirin hitam (black seed) dan sebagainya.
       Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem penafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Manakala bernafas ketika sujud pula boleh:
  1.  Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia (burut)
  4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur
  10. Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelincinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
  15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Tuesday, May 10, 2011

Keajaiban Amalan Surah Mu'awwidzatain

     Surah Mu'awwidzatain ialah dua surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Jika dilihat dari susunan surah-surah didalam Al-Quran, maka kedua-dua surah ini berada pada kedudukan didalam urutan dua yang terakhir iaitu surah ke 113 dan 114. Sebagaimana surah-surah yang lain, kedua-dua surah ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kaum muslimin supaya mereka boleh beramal dengannya.
     Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pergi bermusafir, belayar dilautan dengan Uqbah Bin Amir. Apabila mereka sampai disatu daerah antara Juhfah dan Abwa', mereka diserang badai ombak dan kegelapan yang dahsyat. Lalu Rasulullah S.A.W mengajak Uqbah untuk membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas;

Adapun hadis yang menjelaskan kelebihan kedua-dua surah ini adalah seperti berikut. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,;

Keutamaan Surah Mu'awwidzatain

Mengenai keutamaan atau kelebihannya Surah Mu'awwidzatain tercantum didalam hadis dari Abi Sa'id ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda; 

Juga dalam hadis dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda;
Khasiat Surah Mu'awwidzatain

1. Merawat sengatan binatang berbisa
   Surah ini dapat menyembuhkan orang yang disengat kala jengking iaitu dengan cara dibacakan pada air garam kemudian disapukan atau digosokkan pada anggota badan yang disengat, maka dengan izin Allah S.W.T pasti akan sembuh. Hal ini sesuai dengan hadis dari sahabat Ali ketika Rasulullah S.A.W di gigit kala jengking.

2. Dipelihara dari kejahatan jin dan manusia
   Dapat menyembuhkan penyakit orang yang kena sihir atau santau maka bacalah sebanyak 41 kali dalam tempoh tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut, insyallah dengan izin Allah S.W.T akan segera sembuh asal benar-benar yakin akan kekuasaanNya. 

3. Menghilangkan Perasaan Takut
  Apabila Surah Mu'awwidzatain ini dibaca sebanyak 100 kali, maka pasti akan selamat dan timbul keberanian didalam hatinya dengan izin Allah S.W.T untuk menghidari kekejaman penguasa, manusia jahat, godaan syaitan dan dapat membangkitkan keberanian dimalam gelap.

4. Ditunjukkan Jalan Ketika Didalam Kesesatan
  Surah Mu'awwidzatain juga dapat dijadikan petunjuk apabila tersesat dijalan atau ditengah-tengah perjalanan. Oleh kerana itu, apabila kita tersesat bacalah surah ini, pasti Allah S.W.T akan menunjukkan jalan dan menyelamatkan (terutama di malam gelap gelita).

5. Mencukupkan Keperluan
    Surah Mu'awwidzatain ini apabila dibacakan di waktu petang atau pagi sebanyak tiga kali dan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali juga, insyallah Allah S.W.T akan mencukupkan segala keperluan pengamalnya.

Sihat Seperti Rasullullah S.A.W

Rasulullah S.A.W bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(HR Muslim)

Bagaimanakah agar kita sebagai umat terakhir Nabi Muhammad S.A.W sentiasa sihat seperti Rasulullah S.A.W? Ikuti resepi berikut :




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yang bagus uutuk kesihatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMISTIK DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimistik akan memberikan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakkal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga hati & kesihatan jiwa, mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan pencegahan yang sangat tepat.

Thursday, May 5, 2011

Khasiat Ayat Kursi

       Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika Ayat Kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dan penghalang dalam perjuangannya.

       Rasullullah S.A.W segera memerintah kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi

1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8.Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Thursday, April 7, 2011

Petua Menghilangkan Sengatan Kala Jengking


Senggatan kala jengking sememangnya boleh menyebabkan kecerderaan malahan boleh menyebabkan kematian. Disini disertakan salah satu petua dengan izin Allah S.W.T, yang boleh diamalkan oleh kita sekiranya rakan-rakan dan ahli keluarga kita terkena senggatan kala jengking ini.

1) Ambil air bersih dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas
2) Kemudian masukkan sedikit garam serta direndamkan anggota badan yang terkena sengkat kala jengking sambil membaca
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah An-Naas
3) Teruskan berbuat demikian sehingga rasa sakit bekas senggatan kala jengking hilang.

Monday, January 17, 2011

Rahsia Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر)




Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) ialah surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Perkataan Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini. Isi kandungan surah ini  perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus. Dalam Surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah selepasnya Surah Al-Kafirun perintah tersebut diulang lagi.

Riwayat daripada Imam Ja'far Shadiq a.s menyatakan bahawa sesiapa membaca surah ini didalam mana-mana solatnya, dia akan minum air daripada mata air Kauthar. Ganjaran pada sesiapa membaca surah ini adalah berbanding dengan 10 kali daripada jumlah binatang ternakan yang disembelih pada Hari Raya Qurban pada setiap tahun hingga ke Hari Kebangkitan.

Rahsia Surah Ar-Rum

Surah Ar-Rum merupakan surah yang mempunyai 60 ayat dan diturukan di Makkah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Ganjaran kepada sesiapa yang membaca surah ini adalah bersamaan dengan 10 kali bilangan malaikat di antara syurga dan bumi yang memuji Allah S.W.T secara terus-menerus".

Rahsia Surah Al-Baqarah

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah." Riwayat Muslim

Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 "Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal". Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah" Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan.

Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib.

Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.

Abdullah bin Mas `ud mengatakan,"Siapa pun membacakan sepuluh ayat dari Surat Al-Baqarah pada malam hari, maka syaitan tidak akan memasuki rumah malam itu. (Ayat ini sepuluh) empat sejak awal, Ayat Al-Kursi (255), yang Ayat dua berikut (256-257) dan ayat tiga terakhir.

Dalam riwayat lain, Ibnu Mas` ud berkata, ". Kemudian setan tidak akan mendekati dia atau keluarganya, juga tidak akan ia disentuh oleh apa saja yang dia tidak suka.".

Al-Bukhari mencatat bahawa Usaid bin Hudayr mengatakan bahwa ia pernah membaca Surat Al-Baqarah sementara kudanya terikat di sampingnya. Kuda itu mulai membuat beberapa kebisingan. Ketika Usaid berhenti membaca, kuda itu berhenti bergerak. Ketika ia kembali membaca, kuda itu mulai bergerak sekitar lagi. Ketika ia berhenti membaca, kuda itu berhenti bergerak, dan ketika ia kembali membaca, kuda itu mulai bergerak lagi. Sementara itu, anaknya Yahya dekat dengan kuda, dan ia takut bahawa kuda mungkin langkah padanya. Ketika ia pindah anaknya kembali, ia menengadah ke langit dan melihat awan memancar dengan cahaya yang terlihat seperti lampu. Di pagi hari, ia pergi ke Nabi dan menceritakan apa yang terjadi dan kemudian berkata, "Wahai Allah! Anakku Yahya dekat dengan kuda itu dan aku takut bahawa ia mungkin langkah padanya. Ketika saya menghadiri kepadanya dan mengangkat kepalaku ke langit, saya melihat awan dengan lampu seperti lampu. Jadi aku pergi, tapi aku tidak dapat melihatnya "Nabi berkata," Apakah Anda tahu apa itu "Dia berkata," Tidak " Nabi berkata, (Mereka adalah malaikat, mereka datang dekat mendengar suara Anda (membaca. Surat Al-Baqarah), dan jika Anda telah terus membaca, orang-orang akan bisa melihat malaikat ketika pagi datang, dan malaikat tidak akan tersembunyi dari mata mereka.)

Friday, January 14, 2011

Rahsia Air Zam Zam


Adakah air Zamzam mempunyai kelebihan khusus yang membuatnya berbeza dari air yang lain? Ya, air Zamzam mempunyai fizikal khusus yang membuatkan ia air yang mempunyai kelebihan. Fakta ini telah dibuktikan oleh satu pasukan penyelidik daripada Pakistan. Pusat Penyelidikan Haji juga telah melakukan kajian khusus tentang air Zamzam dan menemui kandungan fizikal yang indah yang membuatkan ia berbeza daripada air yang boleh diminum. Encik Sami iaitu Pengurus Pusat Penyelidikan Haji mengatakan bahawa, ketika mereka mengali telaga air Zamzam, semakin dalam digali telaga air Zamzam semakin banyak jumlah air Zamzam dikeluarkan. Mereka juga meneliti kandungan air Zamzam tersebut dan mendapati ia adalah air tulen dan murni serta tidak mempunyai sebarang kuman di dalamnya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Air Zamzam memenuhi tujuan/niat pada sesiapa yang meminumnya".

Seorang lelaki dari negara Yaman gemar membaca Al-Quran dari mushaf kecil. Saat dia menjadi tua, dia mendapati bahawa dia tidak dapat membaca al-Quran dengan mudah dari buku itu kerana pandangannya telah menjadi lemah. Dia mendengar tentang kelebihan air Zamzam untuk memenuhi matlamat pada orang yang meminumnya . Beliau telah datang untuk ke Haji dan meminum air Zamzam. Semenjak dari itu, beliau telah mula membaca Al-Quran dari mushaf kecil dengan mudah tanpa sebarang masalah penglihatan.


Beliau telah mencapai apa yang dia inginkan kerana dia yakin dan mempuanyai iman yang mendalam seperti mana sabda Nabi Muhammad S.A.W:"Air Zamzam memenuhi tujuan/niat pada sesiapa yang meminumnya". Beliau juga percaya kepada diri dan mempunyai keyakinan yang mendalam terhadap Al-Quran di mana Allah berfirman, "Ketika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat (kepada mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” [Al-Baqarah 2:186]

Yusria Abdel-Rahman Haraz telah mendapat Alcer merah di mata setelah dia minum air Zamzam. Alcer merah tersebut telah menyebabkan beliau sakit kepala dan tidak dapat disembuhkan dengan tablet serta akan menyebabkan buta di mata yang dijangkiti. Beliau telah berjumpa dengan doktor yang terkenal dan disarankan untuk mengambil suntikan bagi menghentikan sakit kepala dan seterusnya bagi mengelakkan
kehilangan fungsi penglihatan mata yang terkena Alcer merah. Beliau berasa takut tetapi beliau yakin dengan rahmat dari Allah S.W.T dan dengan Allah Yang Maha Kuasa jugalah akan menyembuhkannya. Beliau memikirkan untuk melakukan Umrah untuk berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan dirinya.

Beliau telah datang ke Mekah dan melakukan Tawaf dan mengambil kesempatan mencuci matanya dengan air Zamzam. Ketika dia kembali ke hotel, dia mendapati mata yang dijangkiti penyakit telah sembuh dan Alser mata tersebut telah hilang. Peristiwa ini telah membuktikan kepada pengesahan hadis yang menyatakan: "Air Zamzam  memenuhi tujuan/niat pada sesiapa yang meminumnya, jika anda minum untuk mendapatkan kesembuhan daripada Allah, Allah akan menyembuhkan anda, jika anda minum untuk kepuasan perut, Allah akan memuaskan anda dan jika anda minum untuk menghilangkan kehausan Allah akan memuaskan dahaga anda ".

Dr Farooque Antar menceritakan kisahnya sendiri iaitu beliau telah dijangkiti batu di saluran kencing dan doktor memaklumkan boleh membuang atau menghancurkan baru tersebut tanpa sebarang operasi pembedahan. Tetapi beliau telah menunda operasi tersebut sebanyak 2 kali dan pada masa yang sama, beliau telah melakukan Umrah dan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan dirinya tanpa menjalani pembedahan. Beliau minum air Zamzam dan menunaikan solat 2 rakaat. Kemudiannya beliau merasa sesuatu didalam saluran kencing dan terus ke tandas dan dengan rahmat Allah Yang Maha Kuasa , batu tersebut telah dikeluarkan dengan sendirinya dan beliau telah sembuh tanpa menjalani sebarang operasi pembedahan. Doktor yang merawat Dr Farooque Antar terkejut oleh rawatan yang soleh itu.  

Sumber: "Keajaiban Saintifik Di Dalam Islam Dan Sunnah Nabawiyya" Oleh: Mohammed Kamil Abdel Samad


Hadis-Hadis Mengenai Air Zamzam

1) Nabi Muhammad S.A.W bersabda:" Air yang terbaik di muka bumi adalah Air Zamzam, merupakan jenis makanan dan penyembuhan dari penyakit." (Shahih Al-Jaami ', 3302)".
2) Dilaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W meminumnya, mengambil wuduk dengannya dan menuangkan dikepala. Baginda juga membawa air Zamzam di dalam pembuluh kecil dan bekas besar dengan tujuan memberi minum kepada orang sakit dan memberikan ia kepada mereka untuk minum. Al-Silsilah al-Saheehah, 883).
3) Salah seorang sahabat berkata: kami biasa menyebutnya al-Shabbaa'ah (memuaskan) dan membantu kami untuk menjaga keluarga kita (cth. itu sedang mengisi dan membantu mereka untuk melakukan tanpa makanan, itu juga cukup untuk memberi makan anak-anak) . (Al-Silsilah al-Saheehah Li'l-Albani, 2685).

Saturday, January 8, 2011

Kajian Mengenai Madu Sebagai Antioksida - Manfaat Kesihatan Vs Peningkatan Berat Badan

Dua kajian mengenai madu mendedahkan manfaat kesihatan yang luar biasa daripada madu mentah sebagai antioksida.

Radikal bebas ada dimana-mana sahaja - di udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, dan bahkan sinar matahari yang kita cintai begitu banyak. Setiap saat, tubuh menyerap oksigen dan mengubahnya menjadi tenaga dalam proses yang disebut pengoksidaan. Proses ini juga melepaskan radikal bebas dan ia biasanya akan dibersihkan oleh antioksida sebelum  ia mencederakan kita. Pada peringkat usia kita, walau bagaimana pun, proses ini akan menyebabkan lebih tidak efisen. Tingginya re-aktif, ini akan menyebabkan molekul-molekul yang berbahaya akan melalui selruh anggota badan kita. Mereka akan merosakkan sel dan DNA, menyebabkan penuaan, penyakit jantung, strok dan kanser.

Antioksida melambatkan penuaan dengan meneutralkan radikal bebas. Ianya melakukan penyembuhan pada tahap sel terdalam, sehingga manfaat untuk mewujudkan dalam pelbagai cara yang berbeza.

Satu kajian pada tahun 2003 yang dilakukan oleh University of Illinois di Urbana-Champaign membuat kesimpulan bahawa madu mengandungi "kesan perlindungan ringan". Ini adalah kajian pertama yang meneliti kesan pada lelaki berumur dari 18-68 tahun selama lima minggu. Mereka menemukan bahawa dengan minum 4 sudu makan madu  dicampur ke dalam 1 cawan air akan  meningkatkan kadar antioksida dalam darah mereka.

Manakala satu kajian pada tahun 2004 yang dilakukan oleh University of California membuat kesimpulan bahawa madu sebagai kandungan agen antioksida lebih  banyak daripada bayam, epal, limau atau strawberi.

Seorang penyelidik iaitu Heidrun Gross dan pasukannya meminta 25 peserta untuk makan diantara 4 dan 10 sudu makan madu setiap hari selama sebulan dan peserta tersebut dibenarkan makan madu didalam sebarang cara tetapi tidak dibenarkan untuk digunakan panggang atau dilarutkan di dalam teh. Kebanyakkan daripada peserta tersebut lebih mengemari makan madu terus daripada sudu.  Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak madu diambil, ia akan meningkatkan tahap antioksidan polifenol didalam darah. Menariknya, kajian menunjukkan tidak ada kenaikan berat badan pada peserta untuk bulan mereka mengambil madu. Dan beberapa menyatakan bahawa madu makan untuk sarapan benar-benar membuat mereka merasa kenyang dan puas.

Sumber Rujukan:

Gheldof N, Wang XH, Engeseth NJ (2003). Buckwheat honey increases serum antioxidant capacity in humans. J Agric Food Chem. 2003 Feb 26;51(5):1500-5.
Gross H, Polagruto J, Zhu Q, Kim S, Schramm D, Keen C (2004). Effect of honey consumption on plasma antioxidant status in human subjects. Paper presented at the 227th American Chemical Society Meeting, Anahein CA, March 28, 2004
 



Rahsia Mengenai Kejadian Dimasa Hadapan Di Dalam Al-Quran

Keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Surah Al-Fath Ayat 27, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.



Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah.

Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui. Kemenangan Byzantin adalah secebis dari khabar berita yang diberikan mengenai masa hadapan, bersama-sama dengan maklumat lain yang tidak diketahui oleh manusia ketika itu. Hal yang paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan kita lihat secara terperinci di lembaran berikutnya, iaitu kekalahan kerajaan Rom di kawasan paling rendah di permukaan bumi. Hal ini menarik kerana frasa 'kawasan yang paling rendah' secara khusus di tekan dalam ayat yang berkaitan dengan kemajuan teknologi ketika itu, ianya sangat jelas mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling rendah di muka bumi. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.


Kemenangan Byzantin

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama Surah Rom Ayat 1-4, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.



Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol.

Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.

Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan

Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi. Dengan itu kenyatan'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi. Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.



Pertemuan Dua Sungai


Fenomena pertemuan sungai dan laut adalah sangat umum, dan di sini kita melihat sebuah pertemuan dua sungai yang berbeza kepekatan, kemasinan dan suhu, dan kedua-dua sungai tersebut tetap tidak bercampur.
Gambar di bawah merupakan gambar sebenar dari  pertemuan Sungai Rio Negro dan Sungai Solimões di Brazil. Kedua-dua sungai tersebut bertemu dalam jarak lebih dari lima kilometer dalam keadaan kedua-duanya tidak bercampur dengan kepekatan dan suhu yang tetap berbeza. Sungai pertama di sebelah kanan mengandungi endapan tanah pegunungan yang menyebabkan airnya berwarna coklat, sedangkan sungai yang kedua di sebelah kiri berwarna hitam pekat kerana merupakan lepasan tanaman-tanaman yang yang datang dari hutan.


Fenomena ini sekarang dapat dijelaskan secara ilmiah, iaitu melalui sejumlah hukum fizikal tentang pergerakan cairan. Hukum fizika ini memastikan bahawa kedua-dua sungai tersebut tidak dapat saling mengalahkan, walaupun mereka bertemu secara langsung. Mahasuci Allah yang telah menjelaskan kepada kita di dalam Al-Quran Surah Al-Furqan Ayat - 53 tentang pertemuan sungai-sungai dan lautan.


Rahsia Keajaiban Nombor 7 Di Dalam Al-Quran


“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah S.W.T telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”….

Allah menciptakan tujuh langit dan berulang-ulang menyebutkannya sebanyak tepat tujuh kali. Ketujuh-tujuh ayat tersebut adalah:

1) Surah Al-Baqarah Ayat - 29

2) Surah Al-Isra' Ayat - 44

3) Surah Al-Mukminun Ayat - 86

4) Surah Fussilat Ayat - 12



5) Surah At-Talaq Ayat - 12

6) Surah Al-Mulk Ayat -3

 7) Surah Nuh Ayat - 15


Gunung-Gunung Yang Menjadi Pasak



Baru-baru ini para ilmuwan menemukan bahawa gunung-gunung yang terletak di Bumi adalah akar yang mencengkam jauh ke dalam tanah hingga beberapa kilometer, dan fakta ilmiah ini, ketika Alquran diturunkan, tidak ada seorang pun yang tahu, namun Al-Qur’an telah menyatakan hal tersebut dengan firman Allah SWT di dalam Surah An-Naba ayat 7:



Sungai Di Jazirah Arab

" Sesungguhnya tidak akan terjadi hari kiamat sampai tanah Arab menjadi padang rumput dan sungai-sungai”. ….


Para sainstis dan ilmuwan pada akhir-akhir ini menegaskan bahawa wilayah Semenanjung Arab pada suatu saat akan memiliki padang rumput dan sungai-sungai.

Hal tersebut telah terbukti dimana terdapat pada foto-foto yang ditangkap oleh  NASA di lokasi Jazirah Semenanjung Arab dan terdapat di dalamnya bekas sungai dan danau yang terkubur di bawah tanah ribuan tahun yang lalu dan seperti yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW : "Sesungguhnya, tidak akan terjadi hari kiamat sampai tanah Arab menjadi padang rumput dan sungai-sungai”. (Muslim).

Fadhilat Surah An-Nasr

Sejarah Surah An-Nasr

Surah An-Nasr bererti kemenangan dan diturunkan di Mekah. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW apabila mencapai kemenangan menguasai tanah suci Makkah, hendaklah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah SWT serta memohon ampun kepadaNYA. Ringkasnya, apabila kita mendapat apa yang kita usahakan, maka janganlah lalai bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan serta memohon ampun segala kesalahan atau kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam usaha tersebut.







Fadhilatnya:-

1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat dari Al Quran.

2. Bacalah surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar dari rumah, insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Petua Menjinakkan Binatang

Surah Al-Imran ayat-83 di bawah merupakan doa yang dapat menjinakkan binatang liar atau peliharaan anda dengan membaca ayat  dibawah ditelinga binatang tersebut.


Friday, January 7, 2011

Rahsia Surah Al-Waqiah

Keutamaan Surat Al-Wâqi’ah

Ubay bin Ka’b berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: 
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Wâqi’ah, ia akan dicatat sebagai orang yang tidak tergolong pada orang-orang yang lalai.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5: 203).

Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: 
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Waqi’ah, ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5: 203).

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: 
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Waqi’ah pada malam Jum’at, ia akan dicintai oleh Allah, dicintai oleh manusia; tidak akan  melihat kesengsaraan, kefakiran, kebutuhan, dan penyakit dunia. Surat ini adalah bagian dari sahabat Amirul Mukimin (sa) yang bagi beliau memiliki keistimewaan yang tidak tertandingi oleh yang lain.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5: 203).

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Barangsiapa yang merindukan surga dan sifatnya, maka bacalah surat Al-Waqi’ah; dan barangsiapa yang ingin melihat sifat neraka, maka bacalah surat As-Sajadah.” (Tsawabul A’mal: 117). 

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: 
“Barangsiapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebelum tidur, ia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan wajahnya seperti bulan purnama.” (Tsawabul A’mal: 117).