Wednesday, December 1, 2010

Khasiat Surah Al-Kahfi

     Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

1) Diampuni Dosa
- Dibaca setiap hari Jumaat, siang atau malamnya, Bagi orang yang sentiasa mengamalkannya akan diampuni dosanya sehingga hari Jumaat berikutnya.

2) Melihat Roh
- Dibaca ayat 3 terakhir Surah Al-Kahfi sebanyak seratus enam puluh kali (160x) makan akan dikabulkan hajatnya dan dengan izin Allah S.W.T, roh akan dapat melihat baik roh sendiri atau orang lain dalam keadaan mimpi atau jaga.

Inilah 3 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi:

Al-Kahfi (Ayat -107)


Al-Kahfi (Ayat -108)


Al-Kahfi (Ayat -109)
 3)  Penyelamat Dari Gangguan Hama
- Surah Al-Kahfi ditulis dan dimasukkan ke dalam botol dan disimpan di dalam rumah. Insyallah seluruh anggota keluarga diselamatkan daripada kemiskinan, perbuatan yang jahat dan hutang dapat diselesaikan. Jika ditulis dan disimpan di dalam tempat simpanan beras atau biji-bijian makanan, Insyallah, biji-bijian makanan itu akan selamat daripada gangguan hama dan tambah keberkatannya.

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM...

    AYAT AL-QURAN YANG DITULIS DAN DITAMPAL ATAU DISIMPAN DIMANA-MANA TANPA DIBACA ATAU DIAMAL TIDAK AKAN MEMBAWA FAEDAH UNTUK KITA. ILMU IN SHAA ALLAH JADI BERFAEDAH UNTUK KITA BILA DI ISI KEDALAM DADA DARIPADA PENGAMALAN KITA, BUKAN DILETAKKAN DILUAR DARI DADA ATAU LUAR DARI AMALAN. BEGINILAH YANG RASULULLAH SAW AJARKAN.

    WALLAHU'ALAM.

    WASSALAM

    ReplyDelete