1) Sedu - Minum air
2) Sakit Perut - Minum teh berpudina. Sekiranya lapar minum air daripada nasi yang telah ditanak
3) Penawar Bagi Lemah Ingatan - Makan 21 kismis dan bijinya setiap pagi dan sebut " Bismillahhirahmanirahim" dengan setiap biji
4) Mabuk Laut - Jangan makan, baring dan hidu sebiji bawang
5) Susah Tidur - Makan lobak merah dengan kismis dan gula setiap pagi dan petang. Ulangi bagi 40 hari
6) Agar Zakar Menjadi Kuat - Sebiji telur ayam hitam, dibuang putih telurnya. Madu dan minyak sapi air tajin hitam kelabet direbus. Lalu kacau dengan kuning telur. Lalu dimakan setiap pagi selama 3 atau tujuh hari.
7) Menambahkan Air Mani Dan Menguatkan Zakar - Berkata Syeikh Ahmad Addairobi Asy-Syafie, makan ikan basah setiap hari dan bawang merah, akan menambahkan air mani dan menguatkan zakar
8) Terkena Air Panas - Apabila ada salah satu diantara keluarga anda yang terkena air yang panas, maka sapulah segera dengan ubat gigi, maka dalam waktu yang tidak terlalu lama, bahagian yang terkena air panas tersebut tidak akan mengelembung dan tidak terasa panas lagi
9) Hilangkan Bau Badan - Cara untuk menghilangkan bau badan, ambillakh daun limau nipis atau purut yang masih muda. Kemudian ditumbuk sehingga halus dan digaul dengan madu secukupnya dan dibentukkan seumpama biji guli dan dimakan serta dimulakan dengan bismillah
10) Sakit Gigi - Apabila sakit gigi, maka ubatlah dengan beberapa keping kulit pohon mangga. Setelah dicuci, masukkanlah ke dalam kuali dengan air dan direbus sehingga mendidih. Kemudian, berkumurlah dengan air rebusan tersebut selama 3 kali dalam sehari sehingga penyakit tersebut hilang dengan izin Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment