Friday, December 31, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Surah-surah Didalam Al-Quran

 Dalam Al-Quran mempunyai 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.
Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
Luqman: Diberikan hikmah.
As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
Qaf: Dimurahkan rezekinya.
Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
As-Saff: Ingin mati syahid.
Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
Al-Mulk: Besar kerajaannya.
Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
Al-A'la: Mudah segala urusannya.
Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Diantara Rahsia Disebalik Perintah Tidur Tidur di Atas Sisi Tubuh Sebelah Kanan

Dari Al-Barra` Bin Azib Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila kamu hendak tidur, berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan!" (Muttafaq ‘alaihi)

Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W mengarahkan manusia agar tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuhnya. Kemudian (setelah sekian abad berlalu), ilmu pengetahuan datang mengungkap manfaat-manfaat dan rahsia-rahsia di sebalik perintah Rasulullah S.A.W tersebut.

Majalah English-Times mengeluarkan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan angka kematian pada anak-anak yang tidur telungkup di atas perut mereka. Seorang peneliti berkebangsaan Australia memperhatikan adanya peningkatan angka kematian pada anak-anak ketika mereka tidur telungkup di atas perut mereka.

Adapun tidur terlentang di atas punggung, maka tidur seperti ini menyebabkan pernafasan mulut. Sementara tidur berbaring di atas sisi tubuh sebelah kiri, juga tidak dapat diterima, karena pada posisi tidur seperti ini, jantung berada di bawah tekanan paru-paru kanan yang lebih besar dari paru-paru kiri. Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa posisi tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuh adalah posisi tidur yang benar.

(Sumber : 100 Mukjizat Islam, karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq)

Wednesday, December 8, 2010

Penawar Anak Bebal

1) Dibaca Bismillah sebanyak 786 kali dan ditiupkan ke dalam air dan diberikan minum kepada anak anda.

2) Diletakkan tangan kanan ke atas kepala si anak serta ditiupkan Ismullah berikut:

A) Ya Raqiib - 7x
B) Ya Barr - 7x
C) Ya Mutakabbir - 10x
D) Ya Matiin - 10x
E) Ya Syahiid - 21x

Khasiat Garam

Garam merupakan suatu bahan makanan dan perubatan yang berguna untuk kesihatan manusia, sebagaimana juga gula yang memberi tenaga dan kesegaran. Mengapa sebahagian kita mengenepikan kedua-dua bahan pemberian Allah S.W.T.

Abdullah Bin Umar r.a pernah berkata:
"Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikkan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi."

Manakala Anas Bin Maalik r.a memberitakan Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Penghulu segala lauk-pauk kemu ialah garam (tanpa garam hilang penyelera dan penyedap)

Ibnu Maajah dan Misykaah Al-Mashaabiih:
"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."

Antara Khasiat Garam Ialah:

1) Menguatkan tubuh (menyegarkannya): dia boleh menggantikan lauk dari laut.

2) Penghalau makhluk halus yang jahat dan penghancur buatan sihir dan khianat yang ditanam musuh ditepi-tepi rumah, dengan cara menaburi sejumlah garam dengan bacaan tertentu dikala awal Maghrib atau senja.

3) Mencegah kelumpuhan dengan memakannya sekadar yang perlu.

4) Mematikan kuman dengan menaburinya pada mata luka, manakala airnya dibuat mandi.

5) Peyembuh luka: dilumurkan sedikit air garam ke tempat luka.

6) Menahan lapar: disapu kepada perut

7) Membersihkan gigi: gigi digosok dengan bahan bercampur garam atau garam sahaja.

8) Menguatkan gigi: air garam dibuat berkomor.

9) Sakit gigi berlubang: buku garam disumbat ke dalam lubang gigi

10) Menghilangkan bau busuk: ikan di basuh dengan air garam

11) Memecahkan saluran darah yang tersumbat: garam dimakan dengan cuka dan madu

12) Mengurangkan bintik-bintik dan bintil yang baru timbul pada kulit: garam dimakan sekadar yang sesuai

13) Melincinkan kulit (bekas kudis): air garam disapu pada kulit sebanyak 2 kali sehari

14) Untuk berjaga malam: dimakan 3 buku garam serta membaca: Ya Hayyu Ya Qayyuum (beberapa kali)

15) Meyelamatkan ikan atau daging daripada cepat buruk atau rosak: dimasukkan garam menurut kadarnya

Monday, December 6, 2010

Sejarah Ayat Kursi

Ayat Kursi terdapat di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 255:



A. Kebesaran Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringin oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W dengan segera memerintahkan Zaid Bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Antara kebesaran Ayat Kursi adalah sebagai berikut:

1) Sesiapa yang membaca Ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyallah akan terpeliharalah dirinya daripada godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

2) Mengikut keterangan daripada Kitab Asraarul Mufidah, sesiapa mengamalkan membaca Ayat Kursi setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara dirinya daripada segala bencana dengan izin Allah S.W.T.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyallah Allah S.W.T akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkan menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca Ayat Kursi, Allah hilangkan kefakiran di depan matanya".

5) Sabda baginda lagi: " Umatku yang membaca Ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan bersolat sunat dua rakaat, Allah S.W.T memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan".

6) Orang yang selalu membaca Ayat Kursi, akan dicintai dan dipelihara oleh Allah S.W.T sebagaimana Allah S.W.T memelihara Nabi Muhammad S.A.W.

7) Mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah S.W.T daripada gangguan serta hasutan syaitan.

8) Pegamal Ayat Kursi juga, dengan izin Allah S.W.T akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan bacaan Ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh kusyuk, insyallah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca Ayat Kursi 100 kali, insyallah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

12) Barang siapa membaca Ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa membaca Ayat Kursi di akhir setiap solat fardu, ia akan berada di dalam lingkungan Allah S.W.T hingga solat yang lain.

14) Barang siapa membaca Ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah S.W.T akan memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah disekitarnya.

15) Barang siapa membaca Ayat Kursi di akhir setiap solat fardu, Allah S.W.T menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah S.W.T melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa membaca Ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


B. Kelebihan Ayat Kursi

Daripada Anas Bin Malik RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:"Apabila seseorang daripada umatku membaca Ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah S.W.T akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota daripada cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas Bin Malik: "Wahai Rasulullah, apakah perlu dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W: " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat (Ayat Kursi)."

          Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah S.W.T dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang Al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan dan membaca Ayat Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan Ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menagkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberikan pahala.

Begitu juga dengan Surah Al-Falaq, Surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi Al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabi dan Sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya daripada syaitan.



Friday, December 3, 2010

Khasiat Surah Al-Fatihah

a)Terhindar Dari Kecelakaan Kecuali Ajal

Bagi mereka yang membaca Surah Al-Fatihah (1x) ketika hendak tidur, kemudian membaca Surah Al-Ikhlas (1x), Surah Al-Falaq (1x) dan Surah An-Nas (1x), maka terhindarlah dari kecelakaan kecuali ajal.

b) Penawar Bagi Demam Panas

Surah Al-Fatihah jika dibaca (41x) pada segelas air dan diminum, kemudian diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyallah akan segera sembuh.

c) Penghindar Kesusahan Hidup

Apabila Surah Al-Fatihah dibaca berulang kali (7x) selepas solat fardhu, insyallah orang yang mengamalkannya dihindarkan dari segala kesusahan hidup.

d) Rezeki Dipermudahkan

Kemudian Surah Al-Fatihah (41x) selepas solat Subuh berulang-ulang kali, insyallah akan dimudahkan rezeki, dapat menyelesaikan hutang dan akan disenangi orang bila bertemu dengannya.

Ayat-Ayat Al-Quran Untuk Andartu

Sekiranya ada wanita-wanita yang telah dipinang orang berkali-kali tetapi tidak menjadi, atau janda talak satu begitu susah bernikah dengan lelaki lain. Begitu juga anak dara tua (andartu) yang tidak kahwin-kahwin. Usahakan mengubati mereka dengan ayat-ayat Al-Quran ini:-

1. Tulislah Surah Al-Baiyinah pada sebuah mangkuk bersih yang masih baru) dengan tinta (dakwat) misk, za'faran atau air mawar.
2. Tuangkan air di atasnya, larut hingga menjadi satu, kemudian diberi minum kepada wanita selama 3 hari berturut-turut.

Setelah tiga kali berturut-turut dilakukan, insyallah jodohnya akan segera sampai, kita sebagai manusia berusaha dan Allah lah yang menentukan.

Inilah Surah Al-Baiyinah yang perlu ditulis:-




 









Wednesday, December 1, 2010

10 Cara Pengubatan Tradisional

1) Sedu - Minum air

2)  Sakit Perut - Minum teh berpudina. Sekiranya lapar minum air daripada nasi yang telah ditanak

3) Penawar Bagi Lemah Ingatan - Makan 21 kismis dan bijinya setiap pagi dan sebut " Bismillahhirahmanirahim" dengan setiap biji

4) Mabuk Laut - Jangan makan, baring dan hidu sebiji bawang

5) Susah Tidur - Makan lobak merah dengan kismis dan gula setiap pagi dan petang. Ulangi bagi 40 hari

6) Agar Zakar Menjadi Kuat - Sebiji telur ayam hitam, dibuang putih telurnya. Madu dan minyak sapi air tajin hitam kelabet direbus. Lalu kacau dengan kuning telur. Lalu dimakan setiap pagi selama 3 atau tujuh hari.

7) Menambahkan Air Mani Dan Menguatkan Zakar - Berkata Syeikh Ahmad Addairobi Asy-Syafie, makan ikan basah setiap hari dan bawang merah, akan menambahkan air mani dan menguatkan zakar

8) Terkena Air Panas - Apabila ada salah satu diantara keluarga anda yang terkena air yang panas, maka sapulah segera dengan ubat gigi, maka dalam waktu yang tidak terlalu lama, bahagian yang terkena air panas tersebut tidak akan mengelembung dan tidak terasa panas lagi

9) Hilangkan Bau Badan - Cara untuk menghilangkan bau badan, ambillakh daun limau nipis atau purut yang masih muda. Kemudian ditumbuk sehingga halus dan digaul dengan madu secukupnya dan dibentukkan seumpama biji guli dan dimakan serta dimulakan dengan bismillah 

10) Sakit Gigi - Apabila sakit gigi, maka ubatlah dengan beberapa keping kulit pohon mangga. Setelah dicuci, masukkanlah ke dalam kuali dengan air dan direbus sehingga mendidih. Kemudian, berkumurlah dengan air rebusan tersebut selama 3 kali dalam sehari sehingga penyakit tersebut hilang dengan izin Allah S.W.T 

Mengubati Suami Isteri Yang Mandul

Sekiranya ada pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga, tetapi belum dikurniakan cahaya mata, sedangkan mereka amat-amat mengharapkan Allah S.W.T mengurniakan anak kepada mereka. Cuba gunakan ayat-ayat Al-Quran ini untuk mengubati suami isteri tersebut dengan cara-cara seperti di bawah:

1) Tuliskan ayat Al-Quran di bawah ini pada sebuah mangkuk kaca

2) Ketika itu hendaklah dalam keadaan suci (berwudhuk)

3) Setelah itu, larutkan dengan air, dan diberikan minum kepada pasangan suami isteri tersebut selama tiga hari berturut-turut

4) Ambil kertas putih kosong, tulislah ayat bawah ini dan kemudian jahit dengan benang sutera atau bungkus dengan kain sutera. Kemudian ikat dilengan suami atau isteri tersebut. Hendaklah ditanggalkan ketika hendak tidur atau ke tandas. Hal ini hendaklah dilakukan terus (istiqamah) setiap kali suci dari haid. Insyallah dengan izin dan kuasa Allah S.W.T, sekurang-kurangnya pada bulan ketiga wanita tersebut akan hamil.

Inilah ayat Al-Quran (Ayat Al-Imran: 38) yang perlu ditulis:



Kelebihan Mandi Fajar

            Dalam kehidupan seorang Muslim, terdapat berbagai adab-adab atau perbuatan yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W. Sekiranya kita melakukan banyak khasiat tertentu yang diperolehi, contohnya seperti mandi fajar (mandi sekitar pukul 4.00 pagi). Bagi yang sentiasa melakukan dengan istiqamah, akan sentiasa mendapat beberapa faedah, antaranya:

1) Tidak terkena penyakit Ain (asma)

2) Tidak akan terkena sihir baik dari jin mahupun manusia

3) Sihat tubuh badan

4) Wajahnya bercahaya

5) Doanya mudah dikabulkan oleh Allah S.W.T

6) Tidak didoakan jahat oleh orang lain

7) Mata jadi tahan, tidak mudah rabun dan banyak khasiat-khasiat lain

Air Hujan Dan Manfaatnya

Sewaktu hujan turun dengan lebat, cubalah anda manfaatkan air hujan tersebut. Gunakan ayat-ayat Al-Quran untuk membuatkan ia mempunyai khasiat yang tersendiri. caranya seperti berikut:

1. Tadahkan air hujan yang turun langsung dari langit (tanpa melalui atap).
2. Lalu masukkan ke dalam beg plastik, ikatlah agar tidak tumpah, kemudian buka sedikit ikatannya, bacakan Surah At-Takasur setelah itu dihembuskan nafas anda ke dalamnya.
3. Seterusnya campurkan ke dalam minuman kesukaan anda atau dijadikan minuman anda setiap hari.

Insyallah, khasiatnya begitu banyak baik untuk jasmani dan rohani anda. Berupaya mencegah berbagai jenis penyakit dan boleh membersihkan hati dan jiwa anda.

Inilah Surah At-Takasur yang perlu dibaca:





Khasiat Surah Al-Kahfi

     Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

1) Diampuni Dosa
- Dibaca setiap hari Jumaat, siang atau malamnya, Bagi orang yang sentiasa mengamalkannya akan diampuni dosanya sehingga hari Jumaat berikutnya.

2) Melihat Roh
- Dibaca ayat 3 terakhir Surah Al-Kahfi sebanyak seratus enam puluh kali (160x) makan akan dikabulkan hajatnya dan dengan izin Allah S.W.T, roh akan dapat melihat baik roh sendiri atau orang lain dalam keadaan mimpi atau jaga.

Inilah 3 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi:

Al-Kahfi (Ayat -107)


Al-Kahfi (Ayat -108)


Al-Kahfi (Ayat -109)
 3)  Penyelamat Dari Gangguan Hama
- Surah Al-Kahfi ditulis dan dimasukkan ke dalam botol dan disimpan di dalam rumah. Insyallah seluruh anggota keluarga diselamatkan daripada kemiskinan, perbuatan yang jahat dan hutang dapat diselesaikan. Jika ditulis dan disimpan di dalam tempat simpanan beras atau biji-bijian makanan, Insyallah, biji-bijian makanan itu akan selamat daripada gangguan hama dan tambah keberkatannya.

Fadhilat Surah Al-Ikhlas


Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa  membaca Qul Huwa Allahu Ahad, sekali (1x) dikurniakan kepadanya pahala seumpama pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, tiga kali (3x) nescaya mendapat pahala seumpama pahala orang membaca Al-Quran sekali khatam ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, sebelas kali (11x) nescaya disediakan baginya satu mahligai di dalam syurga ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, sebelas kali (11x) selepas daripada sembahyang subuh, mudah-mudahan terpelihara dosa pada hari itu ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, sebelas kali (11x) pada tiap-tiap selepas sembahyang dibenarkan baginya mengawini anak bidadari muda-muda yang disukainya ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, lima puluh satu kali (51x), pada tiap-tiap hari nescaya dibangunkan daripada kuburnya terus ke syurga ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, seratus kali (100x) dan tiada menzalimkan manusia, tiada mencuri, tiada berzina dan tiada minum minuman yang memabukkan, nescaya diampunkan oleh Allah S.W.T baginya akan kesilapan yang dibuatnya di dalam masa lima puluh tahun ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, dua ratus kali (200x) pada tiap-tiap hari sertanya ianya tiada mempunyai hutangnya, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dibuatnya dimasa lima puluh tahun ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, dua puluh satu kali (21x), ketika hendak tidur dan merebahkan dirinya mengiring kesebelah kanan nescaya menyeru Allah S.W.T kepadanya pada hari kiamat dengan firmannya "Wahai hambaku, pergilah engkau ke pihak kanan masuk ke dalam syurga ".

Sabda Rasullullah S.A.W ertinya: " Sesiapa-sesiapa membaca Qul Huwa Allahu Ahad, seratus ribu kali (100000x), nescaya dikurniakan baginya kepadanya pahala seumpama orang yang telah menebuskan dirinya daripada neraka ".

Dipetik daripada: Kitab Pati Rahsia