Pada sesiapa yang menghadapi stress atau tekanan luaran serta dalaman apabila balik daripada kerja, marilah ubati diri anda dengan Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun. Percayalah dan yakinlah ayat-ayat Allah yang merupakan ubat sebenarnya untuk manusia.
Laman blog MaduDanKurma http://madudankurma.blogspot.com/ ini adalah merupakan satu blog yang diciptakan untuk berkongsi segala maklumat, ilmu dan pandangan. Segala maklumat yang didapati didalam laman blog ini adalah diperolehi menerusi pembacaan buku ilmiah, artikel dan pandangan penulis secara peribadi. Oleh itu, sebarang teguran daripada yang arif dan bijaksana amatlah dialu-alukan.
Thursday, December 27, 2012
Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah)
THANK YOU ALLAH
Apabila kita terjaga dan bangun daripada tidur yang nyenyak pada waktu pagi/subuh, berapa banyak dikalangan kita yang mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) ataupun kita lupa atau tidak pernah mengucapkan syukur? Kita sebagai hamba kepada Allah sepatutnya menunjukkan tanda bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) disebabkan Allah masih memberi nikmat atau peluang yakni nyawa kepada kita untuk beriman/beribadat kepadaNya serta menjalani kehidupan diatas muka bumi ini untuk kita bertemu dengan orang yang tersayang, ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan.Manusia sememangnya dengan sifatnya akan menghargai/menyesal apabila sesuatu benda/perkara yang diberikan telah hilang/musnah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati/saling menasihati bahawa kehidupan didunia hanya sementara tapi diakhirat jua kita akan kekal buat selama-lamanya. Selagi kita diberi masa walaupun selama 1 minit untuk beribadat kepada Nya, maka gunakan sebaik-baiknya kerana nyawa hanya pinjaman daripada Allah. Terima kasih Allah diatas nyawa yang Engkau berikan. Alhamdullillah.
Sunday, October 21, 2012
Rahsia pemakanan genius-genius Islam ..
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhirakhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
Cara Makan :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu Segar
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
Cara Minum :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupayamengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) Limau
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) Buah Delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) Otak Ayam
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) Daging Ayam
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) Daging Biri-Biri
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) Hati
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) Kekacang
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) Buah Badam
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) Za'faran
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) Kemenyan Putih (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) Bunga Kobis
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) Bunga Cengkih
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
19) Labu
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) Buah Kedekai
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) Minyak Sapi
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
Saturday, October 20, 2012
Kenapa Perlu Mandi
Kajian terbaru mendapati mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting bagi meningkatkan kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Jurnal of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menhabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:-
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Jurnal of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menhabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:-
- Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula dalam darah, suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celcius.
- Selsema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air suam dapat membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lelah. Caranya masukkan air suam secukupnya ke dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian titiskan minyak seperti lavender, papermint atau lemon. Rendamkan selama 10 hingga 20 minit dan selepas itu basuh dengan air sejuk.
- Masalah insomnia. Rendamkan kaki ke dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah insomnia atau memiliki masalah susah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki yang lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Air Penting Untuk Kesihatan
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Kepentingan air sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting dalam kehidupan sesorang manusia. Ramai dikalangan kita hanya minum air setelah merasa dahaga. Kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter.
Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.
Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis.
Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.
Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis.
Subscribe to:
Posts (Atom)