Monday, January 17, 2011

Rahsia Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر)




Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) ialah surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Perkataan Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini. Isi kandungan surah ini  perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus. Dalam Surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah selepasnya Surah Al-Kafirun perintah tersebut diulang lagi.

Riwayat daripada Imam Ja'far Shadiq a.s menyatakan bahawa sesiapa membaca surah ini didalam mana-mana solatnya, dia akan minum air daripada mata air Kauthar. Ganjaran pada sesiapa membaca surah ini adalah berbanding dengan 10 kali daripada jumlah binatang ternakan yang disembelih pada Hari Raya Qurban pada setiap tahun hingga ke Hari Kebangkitan.

No comments:

Post a Comment