Tuesday, October 12, 2010

Khasiat Air Embun

     Menurut perubatan tradisi orang-orang Melayu, air "Embun" merupakan air yang berkat lagi mujarab. Ia diturunkan dari langit secara lembut dan pelahan-lahan. Orang Melayu pernah menamakan "Embun Jantan" kepada embun yang turun di tengah-tengah malam dimana butiran agak kasar.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran surah Qaaf ayat ke-9:

"Dan Kami menurunkan dari langit akan air yang berkat." (Qaaf:9)

Embun-embun ini dikala paginya, kita dapat saksikan masih berada di daun-daun poko dan dihujung-hujung rumput dan semasa matahari sedang memancarkan cahayanya, kelihatan cahayanya bersinar-sinar seperti permata berlian, malah dujumpai pula "Geliga Embun" yang juga mempunyai khasiat. Ini adalah kurniaan Allah S.W.T kepada kita, makhluknya yang termulia.

Menurut ilham yang diperolehi orang-orang tua yang soleh, air embun merupakan sejenis penawa dan mempunyai daya (energi). Petua orang tua dulu-dulu akan keluar ke perkarangan rumah atau ditepi-tepi jalan dan menyapukan muka, lengan, siku dan betis mereka supaya segar dan kuat bertenaga. Didalam hukum Fiqh Islam, air embun adalah antara jenis-jenis air yang boleh dan harus digunakan untuk berwuduk.  

Mungkin ramai yang tidak mengenai pokok bemban. Untuk pengetahuan anda, pokok bemban merupakan pokok yang mempunyai daun tunggal dan berbatang bulat halus. Dalam pucuk pokok ini didapati kaya dengan air embun pagi yang jernih dan jernih. Air ini kerap digunakan oleh nenek-nenek kita sebagai air pencuci mata dan penenang jiwa. Bacalah Bismillah dan berselawat kepada Junjungan Kekasih Kita Nabi Muhammad S.A.W dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment