Setiap manusia mahukan kesihatan yang baik. Bukan sekadar kesihatan fizikal , bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang serta hubungan sosial yang harmoni dapat memberi kebahagian dan kesejahteraan hidup.
Nabi sering mengingatkan kita supaya mengawal nafsu makan dan minum. Dalam sebuah hadis, nabi berkata " tidaklah baik apabila engkau makan semua yang engkau mahu". Nabi mengawal pemakanannya dengan sempurna hingga ke akhir hayatnya. Kajian menunjukan risiko kematian meningkat sebanyak 18 peratus bagi berat badan berlebihan sebanyak 20 peratus. Jadi, semakin besar perbezaan antara berat badan dan berat badan ideal, semakin tinggilah risiko terjadinya kematian mendadak.
Nabi menyarankan kita supaya mengambil bijian seperti kacang dan kacang walnut. Kacang walnut adalah bijian yang baik demi demi kesihatan. Melalui pengamalannya secara rutin, risiko serangan jantung dapat diturunkan. Pengambilannya menambah pengambilan kalsium yang membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi.
Dalam bukunya Ath‐thiib an‐Nabawi, As‐Suyuthi berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elak minum air sejuk, kerana air sejuk mengganggu fungsi‐fungsi enzim pencernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutama sesudah makan makanan bersifat panas, makanan yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.
Salah satu anjuran nabi ialah minum seteguk demi seteguk supaya air masuk ke dalam perut secara bertahap. Melalui amalan ini , penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat ini juga lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.
Cara minum yang dianjurkan nabi adalah dengan cara ambil nafas sebanyak 3 kali bagi setiap teguk. Baca basmalah atau Bismillahirrahmaanirrahim sebagai pembukanya dan hamdalah atau Alhamdulillahirabbil alamin sebagai penutupnya. Menurut nabi, cara minum minum seperti seperti ini dapat menyihatkan badan. Terdapat Terdapat hikmah di sebalik setiap teladan yang ditunjukkan nabi.
Dalam rekod, nabi melarang minum secara terus daripada daripada kantung air. Hikmahnya adalah kita mungkin tidak tahu ada bendasing di dalam air itu. Jadi, para pengamal perubatan islami menggalakkan kita minum daripada gelas ataupun cawan. Nabi berkata, " perut adalah tempat letaknya penyakit dan menahan nafsu daripada makan berlebihan adalah asas perubatan. Maka jadikanlah ini kebiasaan mu". Hadis ini mengisyaratkan antara cara menjaga kesihatan perut adalah dengan tidak memenuhkannya. Jadi makanlah secara sederhana berdasarkan keperluan kita.
No comments:
Post a Comment