Sunday, October 21, 2012

Rahsia pemakanan genius-genius Islam ..


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhirakhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :  

1) Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.  

Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. 
Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya ! 

2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.  

Cara Makan : 
i) Menghadap Kiblat 
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) 
iii) Baca doa penerang hati 
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. 
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.  

3) Susu Segar
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.  

Cara Minum : 
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam 
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w  

4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupayamengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.  

5) Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.  

Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.  

6) Limau
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.  

7) Buah Delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."  

8) Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.  

9) Otak Ayam
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.  

10) Daging Ayam
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.  

11) Daging Biri-Biri
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.  

12) Hati
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.  

13) Kekacang
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.  

14) Buah Badam 
Untuk meningkatkan kecerdasan.  

15) Za'faran
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.  

16) Kemenyan Putih (kemenyan serani/luban/kundar) 
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.  

17) Bunga Kobis
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.  

18) Bunga Cengkih
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.  

19) Labu
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.  

20) Buah Kedekai 
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.  

21) Minyak Sapi
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.  

22) Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
Juga membantu meningkatkan akal dan memori 

Saturday, October 20, 2012

Kenapa Perlu Mandi

Kajian terbaru mendapati mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting bagi meningkatkan kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Jurnal of Medicine menunjukkan penderita diabetis yang menhabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula dalam sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air suam dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:-

  • Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula dalam darah, suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celcius.
  • Selsema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air suam dapat membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lelah. Caranya masukkan air suam secukupnya ke dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian titiskan minyak seperti lavender, papermint atau lemon. Rendamkan selama 10 hingga 20 minit dan selepas itu basuh dengan air sejuk. 
  • Masalah insomnia. Rendamkan kaki ke dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah insomnia atau memiliki masalah susah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki yang lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.  

Air Penting Untuk Kesihatan

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Kepentingan air sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting dalam kehidupan sesorang manusia. Ramai dikalangan kita hanya minum air setelah merasa dahaga. Kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter.

Air membentuk 55%-57% berat badan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap fungsi utama badan. Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi sangat baik agar tubuh badan anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja dengan lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkannya rosak.

Air juga menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.

Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan penafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa munasabah.

Pakar pemakanan sering menyarankan agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Ia dapat mengelakkan anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis. 

Tip Kesihatan

Setiap manusia mahukan kesihatan yang baik. Bukan sekadar kesihatan fizikal , bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang serta hubungan sosial yang harmoni dapat memberi kebahagian dan kesejahteraan hidup.

Nabi sering mengingatkan kita supaya mengawal nafsu makan dan minum. Dalam sebuah hadis, nabi berkata " tidaklah baik apabila engkau makan semua yang engkau mahu". Nabi mengawal pemakanannya dengan sempurna hingga ke akhir hayatnya. Kajian menunjukan risiko kematian meningkat sebanyak 18 peratus bagi berat badan berlebihan sebanyak 20 peratus. Jadi, semakin besar perbezaan antara berat badan dan berat badan ideal, semakin tinggilah risiko terjadinya kematian mendadak. 

Nabi menyarankan kita supaya mengambil bijian seperti kacang dan kacang walnut. Kacang walnut adalah bijian yang baik demi demi kesihatan. Melalui pengamalannya secara rutin, risiko serangan jantung dapat diturunkan. Pengambilannya menambah pengambilan kalsium yang membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi.

Dalam bukunya Ath‐thiib an‐Nabawi, As‐Suyuthi berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elak minum air sejuk, kerana air sejuk mengganggu fungsi‐fungsi enzim pencernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutama sesudah makan makanan bersifat panas, makanan yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas. 

Salah satu anjuran nabi ialah minum seteguk demi seteguk supaya air masuk ke dalam perut secara bertahap. Melalui amalan ini , penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat ini juga lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.

Cara minum yang dianjurkan nabi adalah dengan cara ambil nafas sebanyak 3 kali bagi setiap teguk. Baca basmalah atau Bismillahirrahmaanirrahim sebagai pembukanya dan hamdalah atau Alhamdulillahirabbil alamin sebagai penutupnya. Menurut nabi, cara minum minum seperti seperti ini dapat menyihatkan badan. Terdapat Terdapat hikmah di sebalik setiap teladan yang ditunjukkan nabi.

Dalam rekod, nabi melarang minum secara terus daripada daripada kantung air. Hikmahnya adalah kita mungkin tidak tahu ada bendasing di dalam air itu. Jadi, para pengamal perubatan islami menggalakkan kita minum daripada gelas ataupun cawan. Nabi berkata, " perut adalah tempat letaknya penyakit dan menahan nafsu daripada makan berlebihan adalah asas perubatan. Maka jadikanlah ini kebiasaan mu". Hadis ini mengisyaratkan antara cara menjaga kesihatan perut adalah dengan tidak memenuhkannya. Jadi makanlah secara sederhana berdasarkan keperluan kita. 

Khasiat Buah Delima

Buah Delima - Anugerah Ilahi Daripada Syurga

Di dalam surah Al-Rahman Ayat-68. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-

" Di dalam kedua-duanya (Syurga) terdapat buah-buahan serta pohon Kurma dan Delima"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:-

"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"

Delima digelar "super fruit" kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati serta melindungi sesorang daripada 200 penyakit kronik.

Kenapa Delima? 

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman ayat-68 yang bermaksud:

" Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut" (Diriwatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni).

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima daripada syurga"

Atsar yang dinisbahkan kepada Rasullullah S.A.W atau kepada keluarga Baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

" Buah delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang."

Atsar yang dinisbahkan kepada Ali Bin Abi Talib Radiyallahu Anhu:

"Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya membersihkan perut besar. Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari."

Ali Radiyallahu Anhu berkata:

"Makan buah delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dilahirkan."


Bukti-Bukti Kehebatan Buah Delima...

Melalui kajian di University of California, Los Angeles

- Kajian menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi wain merah, jus anggur, jus blueberry, jus blackberry, jus acai, jus kranberi, jus oren, teh dan jus epal

Claudia Napoli, Professor Perubatan dan Patologi Klinikal di University Naples, Italy

- Dalam kajianya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung). 
- Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan jus buah delima adalah tinggi daripada sebelumnya.

Dr. Emad Al-Dujaili, Pensyarah Kanan Biokimia Universiti Queen Margaret, Edinburgh

- Penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70% mereka yang mengunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.

Pat Hagon, UK & World News

- Kajian menunjukan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.

Melalui kajian di Universiti Wisconsin, AS

- Pakar-pakar sangat percaya yang jus delima boleh memanjangkan jangka hayat lelaki dan wanita berusia 60 - 70 tahun yang menghidap kanser tanpa memerlukan rawatan perubatan.

Hospital Sultan Abdul Halim

- Menyatakan bahawa buah delima boleh menghalang pembentukan sel kanser, mencantikan kulit, mencegah nyanyuk, memberi tenaga, elok untuk pesakit darah tinggi dan rendah, elok untuk sistem penghadaman, mengurangkan berat badan, mencengah alahan bagi ibu mengandung, memperelokkan rahim dan lain-lain.




Kelebihan Bijirin Hitam Yang Diberkati Oleh Allah S.W.T

Habbatus Sauda'

Maksud Hadith:
 "tetaplah kamu dengan Habbatus sauda ini, (Ibn 'Atiq) kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)"

Kegunaan Tradisi Habbatus Sauda"

Sebagai herba tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda" digunakan  untuk mengatasi pelbagai masalah , keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem penafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem peredaran darah, sistem pertahanan badan dan memulihkan kesihatan am.

Berikut adalah diantara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda":

1) Batuk yang kronik, batuk kokol, selsema yang sudah lama.

2) Resdung (sinusitis).

3) Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.

4) Sakit jantung dan darah gemuruh.

5) Darah tinggi (hypertension).

6) Luka-luka dihati (cirrhosis of liver).

7) Batu hempedu, batu karang.

8) Sakit buah pinggang.

9) Gout

10) Kencing manis.

11) Luka-luka dalam mulut.

12) Sakit tengkuk

13) Tonlilitis, gusi berdarah, mulut berbau.

14) Gastrik, luka-luka dalam perut (ulcer)

15) Sakit gigi.

16) Buasir, masalah penghadaman.

17) Alahan gatal-gatal.

18) Cacing, parasit.

19) Migraine, masalah insomnia.

20) Selepas bersalin (menambah susu ibu).

21) Awet muda dan menegangkan kulit.

22) Mencantikkan kulit dan kuku.

23) Masalah kesuburan perempuan.

24) Senggugut.

25) Masalah tenaga batin lelaki dan perempuan.

26) Masalah kemandulan.