Friday, September 28, 2012

Kebaikan Senyum Pada Kesihatan


  • Senyum meningkatkan sistem imun - Apabila kita senyum, fungsi imun bertambah baik, kemungkinan kerana pada ketika kita senyum, kita lebih tenang dan relaks.
  • Senyum mengurankan sakit - Kajian mendapati, senyum membebaskan endorfin, penahan sakit semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini, menjadikan kita berasa sihat. Jesteru, senyum merupakan ubat semula jadi untuk mengubati sakit.
  • Senyum melegakan stress - Kita sering menjadi stress dengan kehidupan hari ini yang serba serbi sibuk. Senyum menbantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stress menerpa, ambil sedikit masa dan cubalah mengukir senyuman.Stress akan berkurangan dan anda menjadi lebih bersemangat.
  • Senyum menurunkan tekanan darah - Tahukah anda apabila kita senyum, tekanan darah kita akan menurun? Jika ada alat mengukur tekanan darah dirumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda, kemudian cuba senyum dalam tempoh 1 minit. Ambil bacaan sekali lagi, Anda nampak perbezaannya?
  • Senyum menjadikan wajah awet muda - Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tidak perlulah kita bersusah-payah pergi mendapatkan rawatan dipusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyuman sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.
  • Senyum menjadikan kita nampak anggun -kita lebih tertarik kepada orang yang wajahnya tidak lekang  dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun tanda mesra.
  • Senyum menukar mood kita - Dikala kita sedang berdukacita, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh 'menipu' tubuh kita untuk membantu kita menukar mood yang lebih ceria

Thursday, September 27, 2012

7 Khasiat Gajus

1. Sumber Antioksidan
Gajus kaya dengan antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser. Antioksidan gajus juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kencing manis dan batu karang.

2. Kandungan tembaga gajus amat tinggi
Tembaga amat penting dalam penghasilan tenaga. Ia juga membantu urat darah, tulang dan sendi menjadi lebih flexsibel. Tembaga juga diperlukan bagi membolehkan otak berfungsi dengan baik. Orang yang kurang tembaga amat mudah mendapat selaran matahari, sindrom lesu yang kronik, murung dan pelbagai gangguan neurologi.


3. Kandungan zink gajus amat tinggi
Zink bermanfaat untuk menentang penyakit. Kandungan zink ini menjadikan gajus sebagai antibakteria antifungal yang berkuasa. Pengambilan gajus sebagai diet harian dapat memperbaiki kekebalan diri seseorang terhadap jangkitan mikrobial.

4. Gajus juga baik untuk kesihatan mulut
Kandungan kimianya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.

5. Gajus adalah "Mesra Jantung"
Ini kerana gajus mempunyai lemak sihat 'monounsaturated' yang mengalakkan kesihatan kardiovaskular. Lemak ini dapat mengurangkan paras triglyceride yang tinggi yang sering dikaitkan dengan peningkatan risiko  penyakit jantung.

6. Gajus amat kaya dengan vitamin'
Vitamin penting seperti vitamin B5, B6 dan B1.

7. Gajus mengandungi sejumlah kecil zeaxanthin
Ia merupakan antioksidan flavonoid yang baik untuk kesihatan mata

Sumber: Majalah Anis

7 Khasiat Madu Yang Perlu Anda Tahu


Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.

1. Khasiat Madu Sebagai Pemberi Tenaga

Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.

2. Khasiat Madu Membantu Proses Pencernaan

Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

3. Khasiat Madu Sebagai Bahan Antioksida

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

4. Khasiat Madu Sebagai Penggalak Bakteria Baik

Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

5. Khasiat Madu Sebagai Ubat Sakit Tekak

Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

6. Khasiat Madu Sebagai Perawat Kulit

Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

7. Khasiat Madu Bagi Membantu Anda Tidur

Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BONUS: Khasiat Madu Bagi Pasangan Berkahwin

Madu juga boleh menjadi bahan afrodisiak yang boleh membangkitkan keinginan diantara pasangan suami isteri. Jadikan amalan meminum madu untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri anda!