Apabila seseorang diserang demam, maka beliau akan kerap mengalami tanda-tanda seperti berikut: kerap pening atau sakit kepala, tidak lalu makan, letih, panas, terketar-ketar, tidak dapat bangun, muntah dan sebagainya. Keseluruhan demam adalah disebabkan bahang atau wap (kepanasan) api neraka yang menyelar sampai ke dunia ini dan terkena kepada penghuninya dan ia merupakan satu ujian.
" Demam itu berpunca daripada bahang wap neraka Jahannam, maka padamkanlah dia dengan air."
[Hadis Al-Bukhaari]
Antara jampi demam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah:
Dengan menyembut (mengambil keberkatan) nama Allah Yang Maha Besar, kami memohon perlindungan Allah Yang Maha Besar daripada keburukan setiap saluran darah yang berlari dan daripada kejahatan panas api neraka.'
Rasullullah S.A.W juga pernah masuk menjampi seorang anak 'Ammaar r.'a. yang sedang demam, maka baginda mengucapkan: " Hilangkan kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, penguasa manusia."
Berdasarkan hadis diatas, salah satu pemulihan demam ialah dengan cara mengunakan air:
- Banyak minum air bagi membantu organ tubuh, terutama buah pinggang melaksanakan tugasnya.
- Air juga digunakan untuk menyejukkan kepala dimana biasanya orang yang demam akan pening atau sakit kepala.
- Air juga digunakan untuk mengelapkan tubuh badan sama ada dengan air suam atau air biasa.
- Disamping itu pesakit digalakkan memperbanyakkan memakan buah-buahan yang biasanya kaya dengan vitamin C agar segera pulih dan segar seperti limau, epal, pisang, anggur dan sebagainya kerana didalam buah-buahan ini terdapat banyak air.
No comments:
Post a Comment