Tuesday, January 10, 2012

Demam

       Apabila seseorang diserang demam, maka beliau akan kerap mengalami tanda-tanda seperti berikut: kerap pening atau sakit kepala, tidak lalu makan, letih, panas, terketar-ketar, tidak dapat bangun, muntah dan sebagainya. Keseluruhan demam adalah disebabkan bahang atau wap (kepanasan) api neraka yang menyelar sampai ke dunia ini dan terkena kepada penghuninya dan ia merupakan satu ujian.

" Demam itu berpunca daripada bahang wap neraka Jahannam, maka padamkanlah dia dengan air."
                                                                                                                                      [Hadis Al-Bukhaari] 
Antara jampi demam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah:

Dengan menyembut (mengambil keberkatan) nama Allah Yang Maha Besar, kami memohon perlindungan Allah Yang Maha Besar daripada keburukan setiap saluran darah yang berlari dan daripada kejahatan panas api neraka.'                                  

Rasullullah S.A.W juga pernah masuk menjampi seorang anak 'Ammaar r.'a. yang sedang demam, maka baginda mengucapkan: " Hilangkan kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, penguasa manusia."

Berdasarkan hadis diatas, salah satu pemulihan demam ialah dengan cara mengunakan air:
  1. Banyak minum air bagi membantu organ tubuh, terutama buah pinggang melaksanakan tugasnya.
  2. Air juga digunakan untuk menyejukkan kepala dimana biasanya orang yang demam akan pening atau sakit kepala.
  3. Air juga digunakan untuk mengelapkan tubuh badan sama ada dengan air suam atau air biasa.
  4. Disamping itu pesakit digalakkan memperbanyakkan memakan buah-buahan yang biasanya kaya dengan vitamin C agar segera pulih dan segar seperti limau, epal, pisang, anggur dan sebagainya kerana didalam buah-buahan ini terdapat banyak air.

Degil

Maksud Degil: keras hati dan sukar mengikut nasihat serta masih melakukan perkara yang dilarang walaupun telah dilarang dan dinasihati beberapa kali daripada melakukannya. Disini disertakan beberapa cara yang boleh digunakan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak yang degil. Insyallah dengan izin Allah S.W.T anak-anak yang degil akan menjadi lembut hati dan mudah menerima nasihat daripada ibubapa. 
  1. Dibacakan Surah Yassin dan ditiupkan ke dalam suatu bekas air dan diberikan minum  dalam 3 hari
  2. Dibacakan "Bismillah" sambil meniup ke arah orang yang degil dalam keadaan rahsia (dengan meminta Allah S.W.T melembutkan hatinya).
  3. Bacakan doa' ini   sambil meminta orang yang degil mengikut nasihat....  " Ya Mulinal Ma a' A'lin Li Qal Ba Haza " (Maksudnya: Wahai tuhan yang melembutkan air, lembutkan hati orang ini kepada saya)
  4. Otak kambing: dimasak secara kerutub atau lain-lain serta dimakan beberapa kali.

Saturday, January 7, 2012

Pentingnya Bersenam Dan Bergerak

       Kita sebagai manusia diciptakan yntuk aktif: hidup dan bergerak. Ibarat air: jika lama bertakung, maka ia boleh menyebabkan kuman dan menyebabkan penyakit. Hakikat hidup ini sebenarnya ialah merupakan suatu proses kegiatan. Apabila manusia makan, maka makanan yang dimakan akan diproses, dialmbil patinya dan hampasnya dibuang, sedang pembuangan hampas (najis) itu bukanlah merupakan suatu yang mudah. Bukankah ramai orang yang sembelit?Jadi setiap kali kita makan, kita perlu bergerak, paling kurang berjalan kaki disekeliling rumah, dimana kita akan merasa lega dan selesa bernafas dan dikala itu mungkin kita akan terkentut dan terkeluar peluh. Sebaik-baik pergerakan yang harus dilakukan ialah pergerakan yang melibatkan semua anggota, sedangkan jika diperhati, tentulah perlakuan sembahyang yang paling tepat mengambil tempat ini.
       Jika kita merasa lebih bertenaga, maka baik pula kita pada setiap pagi keluar ke pekarangan rumah atau kebun dengan melakukan kerja-kerja yang dapat mengeluarkan peluh secara banyak. Sebaik-baik tempoh berkebun atau membersihkan kawasan sekitar halaman rumah ialah 1jam 30 minit dan dikala seseorang yang telah dapat mempergunakan kalori yang banyak.
       Adapun penyakit-penyakit yang biasa terjadi sebab kurang pergerakan atau kurang bersenam ialah:
  1. Sembelit
  2. Mati Pucuk (Lemah Tenaga Batin)
  3. Kencing Manis
  4. Darah Tinggi
  5. Kegemukan
  6. Sembab
  7. Asma (Lelah)
  8. Lemah Jantung

Thursday, January 5, 2012

Apakah Keistimewaan Palestin Kepada Umat Islam

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang teristimewa didalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah:
  1. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid Al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam dan merupakan masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam. Barangsiapa yang bersolat dimasjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
  2. Dibumi ini jugalah kejadian Isra' (Perjalanan Malam) berlaku, dimana Nabi Muhammad S.A.W melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
  3. Bahkan ramai para anbiya' yang disebut di dalam A-Quran yang telah dilahirkan dan disemadikan dibumi ini. Semoga Allah memberkati mereka semua.
  4. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Hari Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
  5. Orang yang tinggal disana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihat ke jalan Allah.
  6. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke Hari Kiamat.
  7. Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan: "Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram.  Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun " Al-Bukhari  
  8. Terdapat juga beberapa ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Penyembuh Sakit Jiwa (Hati Dan Jantung)

Abu Ja'far Muhammad Bin Ali pernah berkata: "Sesiapa berasa dalam hatinya rasa kasar (kekerasan), maka hendaklah dia menuliskan surah Yassin pada sebuah pinggan dengan air dan Za'faraan. Kemudian dia hendaklah meminumnya."

Antara yang teruji mujarab untuk menguatkan hati (al-qalb jantung) dan mengembirakannya, hendaklah anda membacakan Surah Ghaafir (Al-Mukmin surah ke-40) dalam keadaan anda meletakkan tangan kanan anda ke atas hati anda ( dada sebelah kanan, arah ke tengah), dilakukan sebelum tidur.

Pada waktu pagi, hendaklah anda mengambil 7 biji tamar (terutama tamar Madinah) dan anda bacakan ke atasnya Surah al-Fatihah, 7 kali dan anda memakannya dengan menyebut nama Allah. Akan tetapi hendaklah anda berpantang daripada 3 perkara iaitu melampaui (dalam semua perkara), berjaga malam (kurang tidur) dan lupa daripada mengingati Allah. Sesungguhnya membanyakkan zikrullah adalah dapat menenangkan hati (al-qalb) berdasarkan firman Allah S.W.T:


Oleh kerana itu, wahai para hamba Allah, hendaklah anda menjadikan lidah anda sentiasa basah dengan zikrullah (secara tidak henti-hentinya)

Penyembuh Mata Dan Penguat Pandangan

Mata adalah merupakan organ yang terpenting yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh yang Maha Berkuasa kepada kita. Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita makin lama makin lemah. Disini disertakan ayat Al-Quran daripada Surah Qaf ayat 22 yang boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat untuk menyembuhkan mata serta memperkuatkan penglihatan kita. Anda hendaklah membaca ayat berikut ke atas belakang ibu jari kedua-dua tangan, sebanyak 7 kali:


Pada setiap kali membaca ayat diatas, hendaklah disusuli dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. kemudian hendaklah berludah ke atas ibu jari (bahagian hadapan) dan disapu ke atas dua mata. Semoga Allah menyembuhkan sakit mata dan penyakit-penyakit mata yang lain dan menguatkan pandangan dengan izin Allah dan keberkatan Kitab-Nya.

Monday, January 2, 2012

Siwak : Keajaiban dalam Sunnah Nabi

Sejarah Penggunaan Siwak (Salvadora persica)

       Penggunaan alat-alat kebersihan mulut telah dimulai semenjak berabad-abad lalu. Manusia terdahulu menggunakan alat-alat kebersihan yang bermacam-macam seiring dengan perkembangan sosial, teknologi dan budaya. Beraneka ragam peralatan sederhana dipergunakan untuk membersihkan mulut mereka dari sisa-sisa makanan, mulai dari tusuk gigi, batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang hewan hingga duri landak. Diantara peralatan tradisional yang mereka gunakan dalam membersihkan mulut dan gigi adalah kayu siwak atau chewing stick. Kayu ini walaupun tradisional, merupakan langkah pertama transisi/peralihan kepada sikat gigi modern dan merupakan alat pembersih mulut terbaik hingga saat ini.

       Miswak (Chewing Stick) telah digunakan oleh orang Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang mana kemudian digunakan pula di zaman kerajaan Yunani dan Romawi, oleh orang-orang Yahudi, Mesir dan masyarakat kerajaan Islam. Siwak memiliki nama-nama lain di setiap bangsa, seperti misalnya di Timur Tengah disebut dengan miswak, siwak atau arak, di Tanzania disebut miswak, dan di Pakistan dan India disebut dengan datan atau miswak. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanaman yang berbeza-beza pada setiap negeri. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon Arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon limun (Citrus aurantifolia) dan pohon jeruk (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassia sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Meskipun siwak sebelumnya telah digunakan dalam berbagai macam budaya di seluruh dunia, namun pengaruh penyebaran agama Islam dan penerapannya untuk membersihkan gigi yang paling berpengaruh. Istilah siwak sendiri pada kenyatannya telah umum dipakai selama masa kenabian Nabi Muhammad yang memulai misinya sekitar 543 M. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku niscaya akan kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan sholat (dalam riwayat lain : setiap akan berwudhu’).” Nabi memandang kesihatan dan kebersihan mulut adalah penting, sehingga beliau senantiasa menganjurkan pada isterinya untuk selalu menyiapkan siwak untuknya hingga akhir hayatnya.

Siwak terus digunakan hampir di seluruh bagian Timur Tengah, Pakistan, Nepal, India, Afrika dan Malaysia, khususnya di daerah pedalaman. Sebagian besar mereka menggunakannya karana faktor agama, budaya dan sosial. Umat Islam di Timur Tengah dan sekitarnya menggunakan siwak paling minimum sebanyak 5 kali sehari disamping juga mereka menggunakan berus gigi biasa. Kajian yang dilakukan oleh Erwin dan Lewis (1989) menyatakan bahawa pengguna kayu siwak memiliki kandungan yang rendah dijangkiti kerosakan dan penyakit gigi meskipun mereka memakan bahan makanan yang kaya dengan karbohidrat.

Habitat Tanaman Siwak

Siwak atau Miswak, merupakan bagian dari batang, akar atau ranting tumbuhan Salvadora persica yang kebanyakan tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia dan Afrika. Siwak berbentuk batang yang diambil dari akar dan ranting tanaman arak (Salvadora persica) yang berdiameter mulai dari 0,1 cm sampai 5 cm. Pohon arak adalah pohon yang kecil seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, berdiameter lebih dari 1 kaki. Jika kulitnya dikelupas berwarna agak keputihan dan memiliki banyak juntaian serat. Akarnya berwarna coklat dan bagian dalamnya berwarna putih. Aromanya seperti seledri dan rasanya agak pedas.

Siwak berfungsi mengikis dan membersihkan bagian dalam mulut. Kata siwak sendiri berasal dari bahasa arab ‘yudlik’ yang ertinya adalah memijat (massage). Siwak lebih daripada berus gigi biasa, karana selain memiliki serat batang yang elastis dan tidak merosal gigi walaupun di bawah tekanan yang keras, siwak juga memiliki kandungan alami antimikrobial dan antidecay system (sistem antipembusuk). Batang siwak yang berdiameter kecil, memiliki kemampuan fleksibilitas yang tinggi untuk menekuk ke daerah mulut secara tepat dan dapat mengikis plak pada gigi. Siwak juga bagus dan baik bagi perkembangan gusi.


Kandungan Kimia Batang Kayu Siwak

Al-Lafi dan Ababneh (1995) melakukan penelitian terhadap kayu siwak dan melaporkan bahwa siwak mengandungi mineral-mineral yang dapat membunuh dan menhalang pertumbuhan kuman, mengikis plak, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi. Siwak memiliki kandungan kimia yang bermanfaat, meliputi :

Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteri, mencegah infeksi, menghentikan pendarahan pada gusi. Penggunaan kayu siwak yang segar pertama kali, akan terasa agak pedas dan sedikit membakar, karena terdapat kandungan serupa mustard yang merupakan substansi antibacterial acid tersebut.

Kandungan kimiawi seperti Klorida, Pottasium, Sodium Bicarbonate, Fluorida, Silika, Sulfur, Vitamin C, Trimetilamin, Salvadorin, Tannin dan beberapa mineral lainnya yang berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan menyehatkan gigi dan gusi. Bahan-bahan ini sering diekstrak sebagai bahan penyusun pasta gigi.

Minyak aroma alami yang memiliki rasa dan bau yang segar, yang dapat menyegarkan mulut dan menghilangkan bau tidak sedap.

Enzim yang mencegah pembentukan plak yang merupakan penyebab radang gusi dan penyebab utama tanggalnya gigi secara prematur.

Anti Decay Agent (Zat anti pembusukan) dan Antigermal System, yang bertindak seperti Penicilin menurunkan jumlah bakteri di mulut dan mencegah terjadinya proses pembusukan. Siwak juga turut merangsang produksi saliva, dimana saliva sendiri merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Menurut laporan Lewis (1982), penelitian terhadap tanaman ini telah dilakukan semenjak abad ke-19, dan ditemukan sejumlah besar klorida, fluor, trimetilamin dan resin. Kemudian dari hasil penelitian Farooqi dan Srivastava (1990) ditemukan silika, sulfur dan vitamin C. Kandungan kimia tersebut sangat bermanfaat bagi kesehatan gigi dan mulut dimana trimetilamin dan vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi. Klorida bermanfaat untuk menghilangkan noda pada gigi, sedangkan silika dapat bereaksi sebagai penggosok. Kemudian terdapat sulfur dikenal dengan rasa hangat dan baunya yang khas, adapun fluorida berguna bagi kesehatan gigi sebagai pencegah terjadinya karies dengan memperkuat lapisan enamel dan mengurangi larutnya terhadap asam yang dihasilkan oleh bakteria

Siwak sebagai zat antibakterial

El-Mostehy dkk (1998) melaporkan bahawa tanaman siwak mengandung zat-zat anti bakteria. Darout et al. (2000) Melaporkan bahawa antimikrobial dan efek pembersih pada miswak telah ditunjukkan oleh variasi kandungan kimia yang dapat terdeteksi pada ekstraknya. Efek ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadourea dan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, juga cyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate. Hal ini dilaporkan bahwa komponen anionik alami terdapat pada spesies tanaman ini yang mengandung agen antimikrobial yang melawan beberapa bakteri. Nitrat (NO3-) dilaporkan mempengaruhi transportasi aktif porline pada Escherichia coli seperti juga pada aldosa dari E. coli dan Streptococcus faecalis. Nitrat juga mempengaruhi transport aktif oksidasi fosforilasi dan pengambilan oksigen oleh Pseudomonas aeruginosa dan Stapyhylococcus aureus sehingga terhambat.

Menurut hasil penelitian Gazi et al. (1987) ekstrak kasar batang kayu siwak pada pasta gigi yang dijadikan cairan kumur, dikaji sifat-sifat antiplaknya dan efeknya terhadap komposisi bakteri yang menyusun plak dan menyebabkan penurunan bakteri gram negatif batang.

Penyusun (2005) di dalam skripsi yang berjudul “Pengaruh Ekstrak Serbuk Kayu Siwak (Salvadora persica) Terhadap Pertumbuhan Bakteri Streptococcus mutans Dan Staphylococcus aureus Dengan Metode Difusi Lempeng Agar” menemukan bahwa ekstrak serbuk kayu siwak bersifat antibakterial sedang terhadap bakteri S. mutans dan S. aureus.

Siwak sebagai “oral cleaner device” (alat pembersih mulut)

Siwak sangat efektif sebagai alat pembersih mulut. Almas (2002) meneliti perbandingan pengaruh antara ekstrak siwak dengan Chlorhexidine Gluconate (CHX) yang sering digunakan sebagai cairan kumur (mouthwash) dan zat anti plak pada dentin manusia dengan SEM (Scanning Electron Microscopy). Almas melaporkan bahwa 50% ekstrak siwak dan CHX 0,2% memiliki efek yang sama pada dentin manusia, namun ekstrak siwak lebih banyak menghilangkan lapisan noda-noda (Smear layer) pada dentin.

Sebuah penelitian tentang Periodontal Treatment (Perawatan gigi secara berkala) dengan mengambil sampel terhadap 480 orang dewasa berusia 35-65 tahun di kota Makkah dan Jeddah oleh para peneliti dari King Abdul Aziz University Jeddah, menunjukkan bahwa Periodontal Treatment untuk masyarakat Makkah dan Jeddah adalah lebih rendah daripada treatment yang harus diberikan kepada masyarakat di negara lain, hal ini mengindikasikan rendahnya kebutuhan masyarakat Makkah dan Jeddah terhadap Periodontal Treatment.

Penelitian lain dengan menjadikan serbuk (powder) siwak sebagai bahan tambahan pada pasta gigi dibandingkan dengan penggunaan pasta gigi tanpa campuran serbuk siwak menunjukkan bahwa prosentase hasil terbaik bagi kesehatan gigi secara sempurna adalah dengan menggunakan pasta gigi dengan butiran-butiran serbuk siwak, karena butiran-butiran serbuk siwak tersebut mampu menjangkau sela-sela gigi secara sempurna dan mengeluarkan sisa-sisa makanan yang masih bersarang pada sela-sela gigi. Hal ini yang mendorong perusahaan-perusahaan pasta gigi di dunia menyertakan serbuk siwak ke dalam produk pasta gigi mereka. WHO (World Health Organization) turut menjadikan siwak sebagai salah satu komoditas kesehatan yang perlu dipelihara dan dibudidayakan.