Sunday, October 10, 2010

Madu Lebah

Nabi Muhammmad s.a.w sangat menyukai madu. Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata, "Rasulullah s.a.w sangat menyukai manisan dan madu. Madu yang dimaksudkan disini adalah madu lebah yang asli, yang bersih daripada cela dan campuran tambahan,  serta terjaga daripada tangan-tangan jahil yang suka menipu dan menambahkan campuran. Madu yang dimaksudkan adalah madu yang  dikumpulkan oleh lebah-lebah daripada kelopak bunga berdasarkan wahyu Allah s.w.t Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl
(Ayat 68-69) yang bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu  berfikir.

Demikian firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang menjelaskan kepada kita umat manusia tentang hikmat dan rahsia kejadian lebah yang sungguh unik. Daripada tubuhnya terbit cairan madu yang suci bersih yang dikumpulkan daripada ribuan jenis bunga-bunga dan buah-buahan. Allah s.w.t juga telah mengutamakan madu melebihi makanan-makanan dan minuman-minuman. Allah s.w.t telah menjadikan madu sebagai minuman penduduk syurga, sebagaimana Allah s.w.t berfirman didalam Surah Muhammad (Ayat 15):

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)".

Khasiat Madu

1. Ibnu Sina berkata:"Jika anda ingin awet muda, minumlah madu".Beliau berpendapat bahawa orang dewasa yang berumur 45 tahun mesti minum madu, terutama dicampurkan dengan mata unta yang ditumbuk halus-halus kerana mata unta mempunyai banyak minyak. Seterusnya, Ibnu Sina menjelaskan:"Sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajian, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan. Ibnu Sina mengubati orang yang sukar tidur dengan madu lebah yang dicampur dengan air panas.

2. Khasiat madu telah dikenali sejak zaman Mesir Kuno. Ratu Cleopatra telah menggunakan untuk merawat kesihatan dan kecantikannya. Selain itu, madu juga digunakan sebagai bahan pengewat untuk mengawet mayat-mayat Raja Mesir Kuno.

3. Di negara Jepun, setiap malam mereka mengamalkan minum madu sebelum tidur untuk kesegaran dan kecergasan badan keesokkan
harinya.

4. Madu dikenali sebagai ubat antibiotik dimana kajian yang telah dilakukan oleh Peter C.Molan ( 1992 ),dari Departement of Biological Sciences, University of Waikoto, membuktikan madu mengandung zat antibiotik yang aktif melawan serangan berbagai jenis kuman patogen yang menjadi penyebab penyakit.

4. Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kamaruddin (1997) dari Faculty of Medicine , University of Malaya, mendapati bahawa di dalam madu terkandung zat anti mikrobial yang dapat menghambat penyakit.

5. Janin : Madu dapat memperkuatkan janin yang lemah di dalam kandungan ( rahim ).

6. Bayi : Membantu perkembangan otak bayi, kerana setiap hari otak terus berkembang sampai ke usia 5 tahun. Untuk itu ia memerlukan gizi yang tinggi. Pertumbuhan dan perkembangan otak sangat berkait dengan kecerdasan fikiran (IQ ) dan kecerdasan mental ( EQ ). Oleh itu, kebanyakan kebanyakan produk makanan tambahan baik susu atau bubur bayi yang di formulasikan dengan madu seperti Dancow , Frisian Flag , Sustagen.

7. Remaja : Khasiat madu pada akil baligh remaja membuatkan proses pertumbuhan remaja sangat cepat ,gizi yang baik dan teratur dan membuat pertumbuhan tubuh menjadi sempurna.
8. Madu kaya dengan bahan anti oksida yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia).

9. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association).

10. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand).

11. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand).

12. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).

Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).

'Honey is a remedy for every illness and the Qur'an is a remedy for all illness of the mind, therefore I recommend to you both remedies, the Qur'an and honey.'
(Bukhari)

Minumlah madu lebah! 

No comments:

Post a Comment