Friday, December 31, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Surah-surah Didalam Al-Quran

 Dalam Al-Quran mempunyai 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.
Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
Luqman: Diberikan hikmah.
As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
Qaf: Dimurahkan rezekinya.
Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
As-Saff: Ingin mati syahid.
Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
Al-Mulk: Besar kerajaannya.
Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
Al-A'la: Mudah segala urusannya.
Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Diantara Rahsia Disebalik Perintah Tidur Tidur di Atas Sisi Tubuh Sebelah Kanan

Dari Al-Barra` Bin Azib Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila kamu hendak tidur, berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan!" (Muttafaq ‘alaihi)

Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W mengarahkan manusia agar tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuhnya. Kemudian (setelah sekian abad berlalu), ilmu pengetahuan datang mengungkap manfaat-manfaat dan rahsia-rahsia di sebalik perintah Rasulullah S.A.W tersebut.

Majalah English-Times mengeluarkan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan angka kematian pada anak-anak yang tidur telungkup di atas perut mereka. Seorang peneliti berkebangsaan Australia memperhatikan adanya peningkatan angka kematian pada anak-anak ketika mereka tidur telungkup di atas perut mereka.

Adapun tidur terlentang di atas punggung, maka tidur seperti ini menyebabkan pernafasan mulut. Sementara tidur berbaring di atas sisi tubuh sebelah kiri, juga tidak dapat diterima, karena pada posisi tidur seperti ini, jantung berada di bawah tekanan paru-paru kanan yang lebih besar dari paru-paru kiri. Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa posisi tidur berbaring di atas sisi sebelah kanan tubuh adalah posisi tidur yang benar.

(Sumber : 100 Mukjizat Islam, karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq)

Wednesday, December 8, 2010

Penawar Anak Bebal

1) Dibaca Bismillah sebanyak 786 kali dan ditiupkan ke dalam air dan diberikan minum kepada anak anda.

2) Diletakkan tangan kanan ke atas kepala si anak serta ditiupkan Ismullah berikut:

A) Ya Raqiib - 7x
B) Ya Barr - 7x
C) Ya Mutakabbir - 10x
D) Ya Matiin - 10x
E) Ya Syahiid - 21x

Khasiat Garam

Garam merupakan suatu bahan makanan dan perubatan yang berguna untuk kesihatan manusia, sebagaimana juga gula yang memberi tenaga dan kesegaran. Mengapa sebahagian kita mengenepikan kedua-dua bahan pemberian Allah S.W.T.

Abdullah Bin Umar r.a pernah berkata:
"Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikkan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi."

Manakala Anas Bin Maalik r.a memberitakan Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Penghulu segala lauk-pauk kemu ialah garam (tanpa garam hilang penyelera dan penyedap)

Ibnu Maajah dan Misykaah Al-Mashaabiih:
"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."

Antara Khasiat Garam Ialah:

1) Menguatkan tubuh (menyegarkannya): dia boleh menggantikan lauk dari laut.

2) Penghalau makhluk halus yang jahat dan penghancur buatan sihir dan khianat yang ditanam musuh ditepi-tepi rumah, dengan cara menaburi sejumlah garam dengan bacaan tertentu dikala awal Maghrib atau senja.

3) Mencegah kelumpuhan dengan memakannya sekadar yang perlu.

4) Mematikan kuman dengan menaburinya pada mata luka, manakala airnya dibuat mandi.

5) Peyembuh luka: dilumurkan sedikit air garam ke tempat luka.

6) Menahan lapar: disapu kepada perut

7) Membersihkan gigi: gigi digosok dengan bahan bercampur garam atau garam sahaja.

8) Menguatkan gigi: air garam dibuat berkomor.

9) Sakit gigi berlubang: buku garam disumbat ke dalam lubang gigi

10) Menghilangkan bau busuk: ikan di basuh dengan air garam

11) Memecahkan saluran darah yang tersumbat: garam dimakan dengan cuka dan madu

12) Mengurangkan bintik-bintik dan bintil yang baru timbul pada kulit: garam dimakan sekadar yang sesuai

13) Melincinkan kulit (bekas kudis): air garam disapu pada kulit sebanyak 2 kali sehari

14) Untuk berjaga malam: dimakan 3 buku garam serta membaca: Ya Hayyu Ya Qayyuum (beberapa kali)

15) Meyelamatkan ikan atau daging daripada cepat buruk atau rosak: dimasukkan garam menurut kadarnya