Surah Mu'awwidzatain ialah dua surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Jika dilihat dari susunan surah-surah didalam Al-Quran, maka kedua-dua surah ini berada pada kedudukan didalam urutan dua yang terakhir iaitu surah ke 113 dan 114. Sebagaimana surah-surah yang lain, kedua-dua surah ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kaum muslimin supaya mereka boleh beramal dengannya.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pergi bermusafir, belayar dilautan dengan Uqbah Bin Amir. Apabila mereka sampai disatu daerah antara Juhfah dan Abwa', mereka diserang badai ombak dan kegelapan yang dahsyat. Lalu Rasulullah S.A.W mengajak Uqbah untuk membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas;
Adapun hadis yang menjelaskan kelebihan kedua-dua surah ini adalah seperti berikut. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,;
Keutamaan Surah Mu'awwidzatain
Mengenai keutamaan atau kelebihannya Surah Mu'awwidzatain tercantum didalam hadis dari Abi Sa'id ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda;
Juga dalam hadis dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda;
Khasiat Surah Mu'awwidzatain
1. Merawat sengatan binatang berbisa
Surah ini dapat menyembuhkan orang yang disengat kala jengking iaitu dengan cara dibacakan pada air garam kemudian disapukan atau digosokkan pada anggota badan yang disengat, maka dengan izin Allah S.W.T pasti akan sembuh. Hal ini sesuai dengan hadis dari sahabat Ali ketika Rasulullah S.A.W di gigit kala jengking.
2. Dipelihara dari kejahatan jin dan manusia
Dapat menyembuhkan penyakit orang yang kena sihir atau santau maka bacalah sebanyak 41 kali dalam tempoh tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut, insyallah dengan izin Allah S.W.T akan segera sembuh asal benar-benar yakin akan kekuasaanNya.
3. Menghilangkan Perasaan Takut
Apabila Surah Mu'awwidzatain ini dibaca sebanyak 100 kali, maka pasti akan selamat dan timbul keberanian didalam hatinya dengan izin Allah S.W.T untuk menghidari kekejaman penguasa, manusia jahat, godaan syaitan dan dapat membangkitkan keberanian dimalam gelap.
4. Ditunjukkan Jalan Ketika Didalam Kesesatan
Surah Mu'awwidzatain juga dapat dijadikan petunjuk apabila tersesat dijalan atau ditengah-tengah perjalanan. Oleh kerana itu, apabila kita tersesat bacalah surah ini, pasti Allah S.W.T akan menunjukkan jalan dan menyelamatkan (terutama di malam gelap gelita).
5. Mencukupkan Keperluan
Surah Mu'awwidzatain ini apabila dibacakan di waktu petang atau pagi sebanyak tiga kali dan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali juga, insyallah Allah S.W.T akan mencukupkan segala keperluan pengamalnya.