Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Laman blog MaduDanKurma http://madudankurma.blogspot.com/ ini adalah merupakan satu blog yang diciptakan untuk berkongsi segala maklumat, ilmu dan pandangan. Segala maklumat yang didapati didalam laman blog ini adalah diperolehi menerusi pembacaan buku ilmiah, artikel dan pandangan penulis secara peribadi. Oleh itu, sebarang teguran daripada yang arif dan bijaksana amatlah dialu-alukan.
Tuesday, November 30, 2010
Sunday, November 28, 2010
Petua Awet Muda
1. Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ya, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.
2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak.Amalkan setiap hari.
3. Kalau ikut petua orang2 tua (otai kata org sekarang), amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun ke muka, rambut dan kulit badan. Air embun ni banyak khasiatnya. Insya Allah muka akan berseri , badan sihat serta awet muda. Tapi kalau duduk kat bandar mana nak cari air embun? Pandai2 lah!
4. Baca ayat 35 - 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula2 nak mandi.
5. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
6. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
Amalkan setiap pagi Surah Yusuf Ayat 4
7. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. Orang sekarang ni kebanyakannya main buang je merata. Nak potong kukupun ada petuanya, bukan main belasah je. Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing2…lebih mengeratkan hubungan suami isteri…hehh! Rumahtangga yg bahagia pun penyebab kpd awet muda.
8. Macam2 petua lagi sebenarnya. Antaranya senyum selalu, jangan busuk hati, berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman, jangan merokok, dsb. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Ini pula petua awet muda dari Ustaz Ismail Kamus:-
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan ‘nawaitu’ yg baik dan niat kerana Allah.

Thursday, November 25, 2010
FADHILAT MEMBACA BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya
Saturday, November 13, 2010
Khasiat Bismillah
Menyembuhkan Penyakit
Jika kita membaca BISMILLAH setiap hari 100 kali selama tiga hari berturut-turut untuk menghilangkan sakit apa pun, InsyaAllah, sakit itu akan hilang.
Menyembuhkan Sakit Kepala
Sesiapa yang menulis kalimat BISMILLAH (dalam bahasa Arab) dengan lengkap di atas kertas sebanyak 21 kali dan mengalungkan pada orang yang sakit kepala, Maka sakitnya InsyaAllah akan hilang dan InsyaAllah sakitnya tidak akan datang lagi.
Menghindarkan Tanaman dari Malapetaka
Tulis diatas kertas sebanyak 100 kali dan menanamnya di bawah tanaman, maka tanaman itu menjadi subur, dijauhkan dari segala malapetaka dan mendapat berkat.
Menjalinkan Cinta dan Kasih Sayang
Sesiapa yang membaca BISMILLAH dengan sempurna sebanyak 786 kali pada segelas air, lalu diminumkan kepada orang yang dicintai, maka orang itu akan sangat mencintainya.
Menghilangkan Bodoh
Jika orang yang bodoh atau tumpul kefahamannya, minum air yang dibaca BISMILLAH sebanyak 786 kali kepada segelas air dan meminum air tersebut selama tujuh hari, maka hilanglah kebodohannya, dan hafal setiap yang didengar.
Ingatlah wahai saudaraku, segala yang berlaku adalah dari ALLAH, Maka kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi ALLAH yang menetukannya. Harap saya membantu anda semua.
Panduan ini dipetik dari; M, ADIBALAWIY; Kitab Amalan - Amalan Penyembuhan dan Rawatan dari Surah - Surah Al-Quran.

Subscribe to:
Posts (Atom)