Monday, June 16, 2014

Fitnah Dajjal

Untuk perkongsian bersama-sama mengenai siapa dajjal, mari kita mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhhamad Fawwaz. Credit: YouTube: Abu Khadijah



Ayat Al-Quran Penyembuh Mata Dan Penguat Pandangan

Mata adalah merupakan organ yang terpenting yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh yang Maha Berkuasa kepada kita. Adakah anda sanggup menukarkan kedua-dua mata anda dengan segunung emas? Sudah tentu anda tidak sanggup menukarkan kerana ia merupakan nikmat yang tidak terhingga yang kita ada.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Allah. Hari demi hari dan tahun silih berganti serta umur makin meningkat, penglihatan kita semakin lama semakin lemah. Disini disertakan ayat Al-Quran daripada Surah Qaf ayat 22 yang boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat untuk menyembuhkan mata serta memperkuatkan penglihatan kita. Anda hendaklah membaca ayat berikut ke atas belakang ibu jari kedua-dua tangan, sebanyak 7 kali:


Pada setiap kali membaca ayat diatas, hendaklah disusuli dengan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. kemudian hendaklah berludah ke atas ibu jari (bahagian hadapan) dan disapu ke atas dua mata. Semoga Allah menyembuhkan sakit mata dan penyakit-penyakit mata yang lain dan menguatkan pandangan dengan izin Allah dan keberkatan Kitab-Nya.

Saturday, January 12, 2013

Ayat Pelindung Didalam Kubur (Surah Al-Mulk)

Setiap manusia yang hidup pasti akan mati, cuma masa dan tempat tidak diketahui. Tetapi percayalah detik itu setiap manusia akan merasainya dan manusia sama sekali tidak akan dapat lari daripada kematian. Setiap detik dan masa yang berlalu pergi, maka semakin dekat lah kematian akan menghampiri diri kita. Adakah kita sudah bersedia dengan segala serta semua bekalan kita di sana nanti? Adakah kita telah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah - Yang Maha Berkuasa di dunia dan akhirat? 

Kita didunia ditemani dengan rakan-rakan, sahabat-sahabat dan ahli keluarga adik, abang, ibu dan bapa, tetapi didalam kubur kita akan kesorangan. Jadi siapa peneman dan pelindung kita didalam kubur? Jawapannya adalah: Surah Al-Mulk yakni pelindung kita didalam kubur. Marilah kita bersama-sama mengamalkan Surah Al-Mulk dimana Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur bagi sesiapa yang mengamalkannya semasa hidup. 


Thursday, December 27, 2012

Ubat Hilangkan Tekanan Dengan - Zikir Terapi Diri Oleh Hafiz Hamidun

Pada sesiapa yang menghadapi stress atau tekanan luaran serta dalaman apabila balik daripada kerja, marilah ubati diri anda dengan Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun. Percayalah dan yakinlah ayat-ayat Allah  yang merupakan ubat sebenarnya untuk manusia. 


Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah)

     
THANK YOU ALLAH
      Apabila kita terjaga dan bangun daripada tidur yang nyenyak pada waktu pagi/subuh, berapa banyak dikalangan kita yang mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) ataupun kita lupa atau tidak pernah mengucapkan syukur? Kita sebagai hamba kepada Allah sepatutnya menunjukkan tanda bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdullillah (Segala Puji Bagi Allah) disebabkan Allah masih memberi nikmat atau peluang yakni nyawa kepada kita untuk beriman/beribadat kepadaNya serta menjalani kehidupan diatas muka bumi ini untuk kita bertemu dengan orang yang tersayang, ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Manusia sememangnya dengan sifatnya akan menghargai/menyesal apabila sesuatu benda/perkara yang diberikan telah hilang/musnah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati/saling menasihati bahawa kehidupan didunia hanya sementara tapi diakhirat jua kita akan kekal buat selama-lamanya. Selagi kita diberi masa walaupun selama 1 minit  untuk beribadat kepada Nya, maka gunakan sebaik-baiknya kerana nyawa hanya pinjaman daripada Allah. Terima kasih Allah diatas nyawa yang Engkau berikan. Alhamdullillah.