Sunday, December 18, 2011

Keajaiban Sujud Dalam Solat

Allah S.W.T telah mewajibkan hamba-Nya untuk mengerjakan solat 5 kali sehari semalam. Kisah penyerahan 'watikah' oleh Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T dimalam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan. Firman Allah yang bermaksud:

" Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka, daripada sebab bekas sujud." (Surah Al-Fath Ayat Ke-29)


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah dengan melakukan sujud ditempat sunyi." (HR: Ibnu Mubarak).

       Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam dari segi sains mahupun kesihat tubuh badan. Pelbagai penemuan yang telah didapati, pelbagai perkara telah dihujahkan. Salah satu penemuan yang menakjubkan berkaitan dengan solat adalah pada ketika melakukan sujud. Seorang doktor neurologi daripada Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya mengenai urat saraf (neurologi) dan menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.
       Dalam kajian tersebut beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf didalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikuti kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah S.W.T.
       Jadi, barang siapa yang tidak menunaikan solat, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Walaupun, akal mereka dapat berfungsi dengan secara normal, tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Doktor neurologi daripada Amerika Syarikat tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut lantaran beliau telah memeluk agama Islam. Setelah beliau memeluk Islam, beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatan berteraskan apa yang terdapat didalam Al-Quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, mengunakan madu lebah, mengunakan bijirin hitam (black seed) dan sebagainya.
       Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem penafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Manakala bernafas ketika sujud pula boleh:
  1.  Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia (burut)
  4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur
  10. Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelincinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
  15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.